Thursday, October 21, 2021

Keluarga anak ramai gembira terima bantuan, kini cukup kelengkapan ikuti PdPR

Pasangan suami isteri bersyukur keluarga terima sumbangan enam tablet dan barangan kelengkapan dapur.

Other News

Sebuah keluarga yang berdepan dengan kekurangan gajet bagi meneruskan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) kini mampu menghembus nafas lega apabila menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

MalaysiaNow sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri Shaifol Bahri Mustaffa Kamalluddin, 52, dan Norilla Mustafa Albakri, 49, yang berdepan kekangan dalam menyediakan kelengkapan bagi memastikan lima anak dan dua cucu mereka mengikuti sesi PdPR selain berdepan dengan pengurangan gaji.

Tampil meringankan beban, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin memberikan sumbangan sebanyak enam buat tablet, modem WiFi dan barangan kelengkapan dapur buat 16 orang beranak itu.

Norilla bersyukur dan berterima kasih kerana pada saat keluarganya berdepan dengan kesempitan kewangan, muncul pihak menghulurkan bantuan.

“Tiada apa boleh saya katakan kecuali ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang memberikan bantuan,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Dengan sumbangan yang kami terima dapat digunakan untuk berbelanja membeli kelengkapan dapur kerana anak-anak ingin makan yong tau foo di pasar malam.

“Maklum sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan perniagaan pasar malam juga tidak beroperasi malah pendapatan keluarga juga berkurangan membuatkan kami berjimat-cermat dalam berbelanja.”

Zuraida yang diwakili Setiausaha Politik Nor Hizwan Ahmad meluahkan hasrat untuk menghadiahkan kelengkapan rumah seperti sofa dan meja bagi memberi keselesaan kepada keluarga itu.

“Tiada apa boleh saya katakan kecuali ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang memberikan bantuan,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Saya mengucapkan terima kasih tetapi terpaksa menolak pemberian itu kerana tidak mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkannya di rumah.

“Bahagian ruang tamu sekarang digunakan sebagai tempat tidur memandangkan kami memiliki ahli keluarga yang ramai,” kata Norilla.

Shaifol yang sebelum ini bekerja di sebuah hotel terpaksa akur apabila pendapatannya dikurangkan sebanyak 60% dan kini bergantung dengan gaji lebih kurang RM1,400 sebulan.

Dengan gaji itu juga dia menampung keperluan kos pembelanjaan keperluan rumah 10 orang dan empat cucu dalam satu rumah projek perumahan rakyat (PPR) Seri Semarak di Ayer Keroh, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Norilla yang tidak bekerja membantu meringankan beban suami dengan mengambil upah membuat kuih dan jajan untuk dijualkan kepada penduduk sekitar.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles