Tuesday, July 27, 2021

Vaksin Covid-19 selamat, tidak mengandungi mikrocip, kata Khairy

Vaksin yang bakal digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu diuji terhadap puluhan ribu penerima sebelum diluluskan.

Other News

Vaksin Covid-19 yang diperoleh Malaysia adalah selamat dan berkesan serta tidak mengandungi mikrocip untuk mengambil alih pemikiran, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Khairy menerusi catatan di blognya khairykj.com hari ini memaklumkan vaksin yang bakal digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu diuji terhadap puluhan ribu penerima sebelum diluluskan.

“Jutaan manusia di seluruh dunia sudah mula menerima suntikan mereka. Tiada bukti vaksin ini memudaratkan nyawa atau kesihatan mereka. Vaksin ini tidak akan mengubah DNA penerima.

“Vaksin ini dihasilkan oleh sains. Kita mesti yakin dengan sains dan bukannya teori konspirasi yang tular dalam kumpulan aplikasi WhatsApp keluarga atau taman perumahan yang memetik sumber palsu. Sains mesti menang,” katanya.

Menerusi catatan sama, beliau turut menolak dakwaan bahawa vaksin itu merupakan agenda Illuminati yang mahu menubuhkan Orde Dunia Baru.

Sehubungan itu, Khairy yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menyeru setiap ahli masyarakat agar menyokong program tersebut yang akan bermula akhir bulan ini.

“Apabila tiba masa untuk kita menerima vaksin, segeralah mendaftar agar sasaran untuk mencapai imuniti kelompok dapat dipercepat, yang seterusnya membolehkan proses pemulihan ekonomi disegerakan,” katanya.

Menerusi catatan sama, beliau turut menolak dakwaan bahawa vaksin itu merupakan agenda Illuminati yang mahu menubuhkan Orde Dunia Baru.

Terdahulu, beliau mengumumkan bahawa pendaftaran bagi vaksin Covid-19 dijangka dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles