- Iklan -
Berita

Pakar ekonomi Hoo Kee Ping meninggal dunia

Hoo dijadualkan untuk menjadi ahli panel Webinar Intelektual Negara yang dirancang untuk diadakan pada malam ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penganalisis dan Penasihat Ekonomi bagi KSI Strategic Institute Hoo Kee Ping.
Penganalisis dan Penasihat Ekonomi bagi KSI Strategic Institute Hoo Kee Ping.

Penganalisis dan Penasihat Ekonomi bagi KSI Strategic Institute Hoo Kee Ping meninggal dunia pagi tadi kerana serangan jantung pada usia 70 tahun.

“Isteri dia call jam 9.30 pagi tadi maklumkan,” kata pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff kepada MalaysiaNow.

Hoo dijadualkan untuk menjadi ahli panel Webinar Intelektual Negara yang dirancang untuk diadakan pada malam ini bertajuk: Vaksin: Sejauh Manakah Ia Mampu Menjadi Penyelamat? anjuran Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar).

Sebelum ini beliau pernah menyumbang satu artikel kepada MalaysiaNow bertajuk “Gabungan PN, BN, PAS memiliki peluang cerah peroleh majoriti dua pertiga dalam PRU15”.

Dalam tulisannya, Hoo meramalkan gabungan antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PAS memiliki peluang cerah untuk menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu kenyataan hari ini Pintar mengatakan pemergiaan Hoo merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

“Mendiang Hoo seorang yang aktif memberikan pandangan-pandangan beliau sama ada dalam kumpulan WhatsApp ataupun melalui media sosial atau media arus perdana.

“Baru-baru ini pandangan beliau mengenai gabungan Bersatu, Umno dan PAS Bakal menang besar PRU15 mendapat liputan meluas dalam media tempatan,” kata Presiden Pintar Mohd Roslan Mohd Nor.