Tuesday, July 27, 2021

Tahun Baru Cina paling bermakna buat keluarga miskin di Ampang

Rumah mereka akan dibina semula dan dijangka siap dalam masa dua bulan lagi.

Other News

Keluarga miskin yang menetap di rumah usang yang atapnya hampir runtuh akan menyambut Tahun Baru Cina dengan penuh bermakna tahun ini selepas rumah mereka akan dibina semula dan dijangka siap dalam masa dua bulan lagi.

MalaysiaNow baru-baru ini melaporkan tentang nasib malang menimpa Chin Kim Choy, isterinya Koo Yok Kian yang tinggal  bersama anak lelakinya Chin Kok Ming dan mendapat perhatian ramai pihak yang mahu menghulurkan bantuan.

Wakil Komuniti Cina Ampang Fong Teck Keong berkata, keluarga itu setuju untuk berpindah pada akhir bulan ini ke rumah sementara bagi membolehkan proses meroboh dan membina semula rumah itu bermula pada 1 Mac.

“Majikan tempat kerja Koo sudi memberi sebuah rumah kepada keluarga ini untuk menetap sementara menunggu rumah mereka siap dibina,” kata Fong kepada MalaysiaNow.

“Rumah tersebut berdekatan dengan tempat kerja Koo sendiri iaitu berdekatan dengan restoran Yong Tau Fu”.

Mengikut jadual yang disediakan kontraktor yang dilantik, proses meroboh dan membina semula rumah tersebut akan mengambil masa selama dua bulan.

Kisah mengenai nasib keluarga ini mendapat perhatian di luar jangkaan apabila ramai pihak tampil menghulurkan bantuan.

Keadaan Chin yang kurang upaya memaksa isterinya, Koo bekerja sebagai pembantu dapur dengan gaji RM40 sehari untuk menyara mereka sekeluarga.

Ini tidak memungkinkan keluarga ini untuk membaiki rumah usang itu yang atapnya hampir runtuh dan daripada empat bilik, hanya satu sahaja yang boleh digunakan.

Menurut Fong, rumah baru itu bakal dilengkapi dengan dua bilik tidur, satu ruang tamu, ruang dapur, ruang makan dan tandas bagi keselesaan tiga beranak ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles