Sunday, March 7, 2021

PM penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 hujung bulan ini, kata Khairy

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam memerangi Covid-19.

Other News

Ahli Parlimen Tebrau nafi dakwaan PH berhubung tekanan dari LHDN dan SPRM

Steven Choong berkata tuduhan pemimpin Pakatan Harapan adalah tidak berasas.

Tebrau MP denies PH claim of pressure from tax and anti-graft agencies

LHDN and MACC also deny being used to pressure opposition politicians and their family members.

PDRM nafi dijadikan ‘senjata politik’ sekat demokrasi

SPRM turut senada dengan PDRM nafi dakwaan agensinya dijadikan alat politik.

Aktiviti sukan individu, berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP

Kebenaran itu tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran pihak berkuasa berkaitan.

Malaysia catat 1,680 kes baru Covid-19 hari ini

Kes baru masih menunjukkan trend penurunan dengan catatan angka di bawah 2,000 kes.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 apabila bekalannya sampai di Malaysia hujung bulan ini.

Perkara itu disahkan menteri sains, teknologi dan inovasi merangkap menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

“Ya saya sahkan PM adalah orang pertama disuntik vaksin Pfizer sebab nak beri keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin selamat diguna pakai,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam semalam.

Pada 4 Februari lepas, Muhyiddin berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam memerangi wabak itu, fasa kedua dari April-Ogos adalah bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

Khairy berkata Indonesia mendapat vaksin Sinovac awal kerana negara itu merupakan tempat ujian manakala Singapura membuat pelaburan dengan pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech.

Menjawab dakwaan kononnya Malaysia menerima vaksin Covid-19 agak lewat berbanding negara maju lain serta negara jiran, Khairy menjelaskan ini kerana Malaysia lebih fokus kepada perancangan program imunisasi vaksinasi yang lebih cekap dan berkesan untuk dijalankan sepanjang tahun sebaik sahaja vaksin diterima akhir bulan ini.

“Kita tidaklah lambat sangat seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun yang masih mengkaji (vaksin yang sesuai). Saya suka mempercepatkan proses pembelian dan penghantaran dan selama ini mengikut perjanjian termeterai, kita akan terima pada Februari,” tambah beliau.

Khairy berkata Indonesia mendapat vaksin Sinovac awal kerana negara itu merupakan tempat ujian manakala Singapura membuat pelaburan dengan pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech.

Disebabkan itu katanya, kedua-dua negara berkenaan mendapat keutamaan dari pengeluar.

“Saya rasa Malaysia tidaklah lewat sangat kerana kita tepati perjanjian. Apabila kita menerimanya (vaksin), kita akan dapat buat program vaksinasi. Tidak guna ada vaksin yang banyak tetapi tidak dapat membuat suntikan berkesan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Laman web daftar vaksin Covid-19 kini boleh diakses

Laman web ini adalah kali pertama pendaftaran dalam talian dibuka di luar aplikasi MySejahtera.

Jemaah teruja ‘Abah’ hadir di Masjid Negeri Perlis

Perdana menteri dijadualkan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar hari ini.

Shopee nafi jual vaksin Pfizer

Wujud individu tidak bertanggungjawab mendakwa Shopee menawarkan vaksin Covid-19, Pfizer pada harga RM63.88

Pelaburan, dasar industri sedang difikir semula, kata PM di sebalik amaran perangkap pendapatan pertengahan

Malaysia perlu membangunkan industri eksport dan pembuatan produk-produk kompleks dan rumit.

PM says rethink in investment, industrial policies ongoing amid warning of middle-income trap

Muhyiddin Yassin says Malaysia needs to pursue a 'shoot-for-the-moon' approach.