- Iklan -
Berita

3,384 kes baru Covid-19, 3,774 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,783.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis melakukan operasi rondaan rutin, pemantauan keselamatan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sekitar pusat bandar Labuan. Gambar: Bernama

Sebanyak 3,384 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 254,988, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,774 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 202,269 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,085 kes diikuti, Johor (777), Kuala Lumpur (435), Sarawak (184) dan Pulau Pinang (144),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,783

“Daripada jumlah itu 259 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 122 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 13 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 936 orang.