Thursday, February 25, 2021

Kuarantin wajib 3 hari kepada menteri berdasarkan syarat ketat, kata Noor Hisham

Menteri atau perwakilan itu juga mesti mengemukakan permohonan pengecualian sebelum perjalanan.

Other News

Perak Man, rangka manusia berusia 11,000 tahun akhirnya miliki wajah

Ia ditemukan pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Lembah Lenggong, Hulu Perak dan dipercayai hidup 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu.

Injunctive orders and the deportation of Myanmar nationals

It would have been tenuous to rely on a stay order to prevent the government from deporting the 1,200 Myanmar nationals.

New look for Burger King as it announces major expansion despite pandemic

Burger King Malaysia plans to grow its restaurant base by 20% by the end of the year.

Making MySejahtera mandatory victimises the non-IT savvy and the poor

Consumers Association of Penang urges the government to reconsider the move, given the plight of the elderly and those who do not possess smartphones.

Pasaran hartanah kekal stabil dalam tempoh pandemik

Tiada perubahan ketara secara keseluruhan dari segi permintaan harga untuk suku keempat 2020, dengan pasaran dijangka terus meningkat pada 2021.

Pengecualian wajib kuarantin mandatori tiga hari yang diberikan kepada menteri dan perwakilan yang pulang dari urusan rasmi luar negara hanya akan terpakai jika mematuhi syarat ketat yang ditetapkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, ini termasuklah mewajibkan individu tersebut menggunakan kapal terbang peribadi semasa perjalanan.

Noor Hisham berkata, menteri atau perwakilan itu juga mesti mengemukakan permohonan pengecualian sebelum perjalanan, untuk membolehkan pegawai kesihatan melakukan penilaian risiko dalam perjalanan mereka sebelum meluluskannya.

“Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) yang ke Jakarta baru-baru ini, sudah menjalani ujian PCR pada 3 Februari sebelum ke Jakarta dan apabila sampai di Jakarta pada 4 Februari ujian sekali lagi dijalankan dan kembali ke Malaysia.

“Pada 5 Februari iaitu hari pertama saya mengeluarkan perintah mahkamah untuk kuarantin di rumah dan dipakaikan gelang pink dan swab test dilakukan hari ini iaitu hari kelima dan juga akan melengkapkan jadual kuarantin untuk tempoh tujuh hari. Jadi tujuh campur tiga adalah 10 hari,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19.

Isu ini dibangkitkan beberapa pihak yang tidak berpuas hati apabila pewartaan yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengikut kuasa (Akta 342) seksyen 29 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, membolehkan menteri yang kembali dari lawatan rasmi luar negara diberi pengecualian bagi menjalani pemerhatian hanya selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Pengecualian itu berkuat kuasa bermula 9 Februari hingga 1 Ogos depan.

“Jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai,” kata syarat pengecualian akta 342 dalam perintah menteri kesihatan itu.

Bagaimanapun menurut Noor Hisham, kelonggaran memendekkan tempoh kuarantin bagi sesiapa sahaja akan mengambil kira risiko negara yang dikunjungi.

“Di Malaysia boleh kuarantin hanya tujuh hari tapi dengan syarat tiga hari sebelum pulang ke Malaysia perlu melakukan ujian di negara itu.

“Kementerian kesihatan juga akan melihat jenis urusan rasmi dan aktiviti-aktiviti ringkas yang tidak libatkan orang ramai dan tempat awam sebelum membenarkan tempoh kuarantin itu dipendekkan.”

Berdasarkan Seksyen 15 akta ini memperuntukkan: “Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.”

Ketika ini Menteri Luar Hishammuddin Hussein berada di Abu Dhabi dalam lawatan rasminya.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Puad enggan mohon maaf kerana dikatakan memfitnah PM

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu mengesahkan menerima surat tuntutan daripada peguam Muhyiddin.

Muhyiddin tuntut Puad Zarkashi mohon maaf, ganti rugi RM10 juta

Semua tuntutan itu dibuat selepas Puad didakwa memfitnah perdana menteri menerusi hantaran di Facebook minggu lalu.

PMO selar bekas timbalan menteri berhubung dakwaan PM enggan jalani kuarantin

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mohd Puad Zarkashi, bekas timbalan menteri pendidikan.

Makan di restoran dibenarkan mulai esok, kata menteri

Hanya dua orang satu meja dibenarkan.

Pakar sokong pekerja asing diberikan suntikan vaksin Covid-19

Pakar perubatan menggesa kerajaan menyenaraikan pekerja asing sebagai kategori berisiko tinggi kerana melindungi mereka seperti melindungi diri.