Sunday, March 7, 2021

Buku Thomas terima ulasan tidak baik dalam Amazon Kindle

Ia umpama ‘seorang pak cik berceloteh ketika makan malam’ – antara ulasan daripada pelanggan yang mengkritik bekas peguam negara itu.

Other News

Ahli Parlimen Tebrau nafi dakwaan PH berhubung tekanan dari LHDN dan SPRM

Steven Choong berkata tuduhan pemimpin Pakatan Harapan adalah tidak berasas.

Tebrau MP denies PH claim of pressure from tax and anti-graft agencies

LHDN and MACC also deny being used to pressure opposition politicians and their family members.

PDRM nafi dijadikan ‘senjata politik’ sekat demokrasi

SPRM turut senada dengan PDRM nafi dakwaan agensinya dijadikan alat politik.

Aktiviti sukan individu, berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP

Kebenaran itu tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran pihak berkuasa berkaitan.

Malaysia catat 1,680 kes baru Covid-19 hari ini

Kes baru masih menunjukkan trend penurunan dengan catatan angka di bawah 2,000 kes.

Berbeza daripada kata-kata pujian yang diterbit di kulit bukunya baru-baru ini, bekas peguam negara Tommy Thomas dikritik kerana gagal menunjukkan sikap rendah diri dan juga terlalu fokus pada isu-isu remeh, dalam beberapa ulasan kedai buku dalam talian Amerika Syarikat, Amazon.

Versi e-buku Kindle “My Story: Justice in the Wilderness” dimasukkan dalam genre kecil “Biographies of Lawyers & Judges”, sekadar mendapat penilaian satu bintang, berdasarkan ulasan yang bukan sahaja mempersoalkan kandungan buku itu tetapi turut mengatakan ia tidak konsisten, dan ditulis dengan gaya bukan seperti seseorang yang pernah bekerja sebagai pegawai tertinggi di jabatan perundangan.

“Penggunaan ‘AGC’ dan ‘Chambers’ yang tidak konsisten pada saya sangat menjengkelkan. Anda mungkin fikir saya cerewet tetapi saya bekerja di AGC/Chambers selama tujuh tahun dan jika saya menghantar memo dengan menggunakan ‘AGC/Chambers’ secara bergilir-gilir seperti dilakukan bekas peguam negara, saya yakin memo itu akan dikembalikan dalam bentuk abu,” kata satu ulasan.

“Jika pembaca tidak boleh bergantung kepada konsistensi dan semakan tentang perkara-perkara kecil, apa lagi tentang isu besar?”

Pembaca itu kemudian menggambarkan bahasa digunakan Tommy sebagai “terlalu menggunakan bahasa basahan”.

“Secara umum, ia sama seperti melihat seorang pak cik yang paranoia berceloteh ketika makan malam,” kata ulasan itu, dan menambah ia bukan gaya  seorang peguam “yang berkaliber sepertinya sering diingatkan kepada kita dalam bukunya”.

Satu lagi ulasan mengatakan Thomas memulakan penulisan buku itu “dengan mukadimah didorong rasa bangga pada diri sendiri berdasarkan identiti kasta”.

“Ia sangat mengecewakan apabila melihat lelaki seperti Tommy Thomas yang mencapai kejayaan dan tinggi ilmunya menjadi mangsa kepada naluri parokial,” kata pembaca itu.

“Ia juga merupakan pengkhianatan kepada prinsip asas agama Kristian, ‘komunitinya’ yang dipeluk satu ketika dahulu.

Dalam bab pertama buku Thomas menyentuh mengenai kepercayaannya terhadap Krtistian Syria – yang mempunyai kira-kira 3,000 penganut di Malaysia – dengan bangganya memberitahu dilahirkan daripada ibu bapa tergolong dalam komuniti kecil agama itu sebagai satu “rahmat”.

Ia bukan pertama kali Thomas menyuarakan pendirian mengenai agamanya secara terbuka.

Beberapa hari selepas dinamakan sebagai peguam negara pada 2018, beliau menggambarkan pelantikannya sebagai satu “keajaiban” daripada Tuhan.

“Saya dilantik kerana keajaiban Tuhan. Tuhan mengabulkan doa-doa kita,” katanya di dalam satu ucapan di sebuah gereja pada hari Ahad yang dirakam dalam bentuk video.

“Beribu-ribu orang Kristian dan gereja mendoakan saya, jadi ia benar-benar satu keajaiban.”

Pengulas buku itu turut mempersoalkan mengapa Thomas diberikan jawatan peguam negara, dengan berpandangan beliau tidak layak untuk diberi “peluang dan keistimewaan luar biasa” untuk berada di situ yang selama ini menafikan calon bukan Melayu.

Dikatakan terdapat beberapa bab tentang wawasan penulis dalam buku ini, tetapi nada Thomas yang tidak tahu malu merupakan satu masalah.

“Walaupun bab-bab berikutnya kelihatan memberikan pandangan menarik, sedikit rasa rendah diri mungkin akan melembutkan prosa yang digunakan,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Zahid says charges against him fabricated

The Umno president challenges anyone to make a police report against him over the claim.

Apabila hikayat Tommy Thomas menggagalkan usaha ke arah meritokrasi

Apakah kita berpeluang lagi untuk melihat seorang bukan Melayu memegang jawatan tinggi selepas apa yang ditulis Thomas?

Meritocracy the loser, thanks to stories from the wilderness

Will we ever see a qualified non-Malay again occupying a critical post after Tommy Thomas' flippant remarks?

Najib fail permohonan hina makhamah terhadap Tommy Thomas minggu ini, kata peguam

Permohonan bagi prosiding menghina mahkamah sudah siap sebanyak 98%, kata peguam Najib.

Najib expected to file for contempt against ex-AG Thomas, says lawyer

Shafee Abdullah says the defamation suit is 'definite' and the contempt application is '98% complete'.