Wednesday, March 3, 2021

Anwar fail rujuk soalan pengisytiharan darurat ke Mahkamah Persekutuan

Soalan yang dikemukakan keputusan menasihati dan/atau nasihat yang diberikan oleh Kabinet yang dipimpin oleh perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Other News

Suaram kecam gesaan sektor swasta tawarkan vaksin Covid-19

Kumpulan hak asasi itu berkata pengkomersilan vaksin akan menguntungkan orang kaya dan menggalakkan potong barisan dalam program vaksinasi.

Rights group slams call for private hospitals to offer Covid-19 jabs

Suaram says any commercialisation of the vaccines will lead to another form of queue-cutting that will benefit the rich.

TMJ eyeing Spanish football club Valencia?

The club was valued at €408 million in a report by global accountancy firm KPMG last year.

AirAsia perkenal ‘Asean Unlimited’ tawar khidmat penghantaran

AirAsia Group Bhd memanfaatkan perkembangan vaksinasi Covid-19 dengan memperkenalkan produk terbaharu - ‘Asean Unlimited’ yang menawarkan pas penerbangan antarabangsa dan domestik serta perkhidmatan penghantaran...

Use of tracking device among new provisions under emergency ordinance

The wristband will be made mandatory for those who test positive for Covid-19, persons under investigation and those under surveillance.

Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk merujuk beberapa persoalan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung semakan kehakimannya terhadap keputusan kerajaan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat.

Persoalan yang dikemukakan untuk dipertimbang Mahkamah Tinggi bagi dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan termasuk sama ada keputusan menasihati dan/atau nasihat yang diberikan oleh Kabinet yang dipimpin oleh perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong tertakluk di bawah klausa penggulingan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan kedua ialah sama ada keputusan untuk memberi nasihat dan/atau nasihat yang diberikan oleh kabinet yang diketuai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen, boleh disemak semula oleh mahkamah.

Anwar juga mahu mahkamah memutuskan sama ada  Seksyen 39(2) Akta Malaysia 1963, Seksyen 15(d) Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 serta Perkara 150 (6) dan (8) Perlembagaan Persekutuan tidak konsisten dan/atau bertentangan dengan Perkara 4, 5,  8 dan 121 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Turut dipohon beliau ialah agar mahkamah memutuskan sama ada bidang kuasa mahkamah termasuk kuasa menyemak semula prosedur, dapat dihalang sepenuhnya oleh perundangan.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh berkata mengambil kira kesegeraan isu itu, khususnya disebabkan Parlimen kini digantung, beliau turut memfailkan perakuan kesegeraan untuk isu tersebut didengar secepat mungkin.

“Saya berpendapat persoalan-persoalan berbangkit tersebut harus diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson, memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu, menamakan perdana menteri dan kerajaan sebagai responden.

Ketua Pembangkang berusia 74 tahun itu memohon perisytiharan bahawa keputusan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat yang menyebabkan penggantungan Parlimen, sebagai bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak efektif.

Beliau turut memohon perintah “certiorari” bagi membatalkan keputusan responden untuk memberikan nasihat yang berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Perkasa perlu bayar RM150,000 kepada Lim Guan Eng kerana memfitnahnya

Mahkamah membenarkan rayuan Lim untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Malaysiakini bayar denda RM500,000

Malaysiakini yang diwakili peguam A. Surendra Ananth, ketika dihubungi mengesahkan denda itu dibayar di kaunter mahkamah hari ini.

Mahkamah Persekutuan dapati Malaysiakini bersalah, tetapi pengarang dibebaskan

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf membuat keputusan itu pagi ini.

Anwar beritahu saya dia tidak mampu kawal ‘budak-budak jahatnya’, kata Mahathir

Bekas perdana menteri memberikan sedikit bayangan mengenai pertemuan peribadi dengan lelaki yang dinamakan untuk menggantikan tempatnya.

Mahkamah isytihar Rosliza Ibrahim sebagai bukan Islam

Wanita berbapakan seorang Islam dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.