- Iklan -
Berita

24 kematian baru direkodkan, 3,100 positif Covid-19

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,977.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas barisan hadapan memperkemaskan peralatan perlindungan diri (PPE) masing-masing sebelum melakukan saringan Covid-19 di Wisma Belia, Kuantan. Gambar: Bernama
Petugas barisan hadapan memperkemaskan peralatan perlindungan diri (PPE) masing-masing sebelum melakukan saringan Covid-19 di Wisma Belia, Kuantan. Gambar: Bernama

Sebanyak 3,100 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 245,552 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 2,340 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 192,679 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,196 kes diikuti Johor (490), Melaka (344), Kuala Lumpur (295) dan Pulau Pinang (209),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,977.

“Daripada jumlah itu 282 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 134 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 24 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 896 orang.