- Iklan -
Berita

3,731 positif Covid-19, 3,369 sembuh, 15 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,241.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kelihatan petugas barisan hadapan berehat sebentar sementara menunggu penduduk sekitar Petaling Jaya untuk melakukan ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Jalan PJS 1/35, Petaling Utama baru-baru ini. Gambar: Bernama
Kelihatan petugas barisan hadapan berehat sebentar sementara menunggu penduduk sekitar Petaling Jaya untuk melakukan ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Jalan PJS 1/35, Petaling Utama baru-baru ini. Gambar: Bernama

Sebanyak 3,731 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 242,452, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,369 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 190,339 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,606 kes diikuti Johor (499), Kuala Lumpur (372), Melaka (313) dan Pulau Pinang (250),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,241.

“Daripada jumlah itu 292 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 140 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 15 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 872 orang.

“Selangor merekodkan empat kematian, diikuti Sabah (3), Kuala Lumpur (3), Sarawak (2), Pulau Pinang (1), Kedah (1) dan Johor (1),” katanya.

Katanya terdapat tujuh lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Tapak Bina Lembah Selatan di Selangor (tempat kerja).
  2. Kluster Jalan Bagan di Selangor (tempat kerja).
  3. Kluster Jalan Gangsa Dua di Johor (tempat kerja).
  4. Kluster Seruas di Sarawak (komuniti).
  5. Kluster Taman Segar di Perak (komuniti).
  6. Kluster Lorong Mawar di Perak (keagamaan).
  7. Kluster Ampang Campuran di Selangor  (kumpulan berisiko tinggi).