Friday, February 26, 2021

Najib akan fail saman fitnah terhadap Tommy Thomas berhubung isu Altantuya

Najib menuntut permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada Thomas.

Other News

AmBank to pay RM2.83 billion settlement over 1MDB scandal

This is in addition to the RM53.7 million penalty imposed by Bank Negara Malaysia and paid by AmBank Group.

AmBank bayar Putrajaya RM2.83 bilion disebabkan penglibatan dalam skandal 1MDB

Pembayaran ini akan menguntungkan rakyat Malaysia kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Palm oil churns trouble in Canadian ‘hard butter’ puzzle

The pandemic has increased demand for butter, so farmers are feeding extra palm oil derivatives to their cows to produce more milk fat.

Kes Covid-19 kembali melebihi 2,000, 11 kematian baru

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Daily cases back over 2,000, death toll up by 11

2,253 new cases, 3,085 recoveries.

Najib Razak akan memfailkan saman terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas berhubung dakwaan kenyataan fitnah di dalam buku yang diterbitkan baru-baru, “My Story: Justice in the Wilderness” yang mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi Bernama.

“Ya, kami akan menyaman beliau bagi pihak anak guam kami. Semalam, Thomas telah memberi jawapan kepada surat tuntutan (LOD) kami …. beliau menyangkal memfitnah anak guam kami.

“Penerbitnya, GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd belum menjawab LOD kami. Kami akan mengemukakan saman fitnah terhadap Thomas dan penerbit secepat mungkin,” kata Muhammad Shafee.

Pada 2 Februari lepas, Najib melalui peguamnya Shafee & Co, menuntut permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada Thomas kerana mendakwa telah memfitnah beliau di dalam buku yang ditulis bekas peguam negara itu.

Dalam surat itu, Najib menuntut jawapan yang memuaskan daripada Thomas sebelum pukul 12 tengah hari Jumaat dan menyatakan, bahawa sekiranya Thomas gagal melakukannya, prosiding undang-undang akan dimulakan awal minggu depan.

Beliau juga menuntut agar kenyataan itu ditarik balik dengan jelas daripada buku itu dan permohonan maaf sepenuhnya bagi fitnah di dalam bab 42 di bawah tajuk “Altantuya”.

Dokumen itu turut menyebut bahawa dengan inferens dan sindiran yang jelas, Thomas telah menghantar mesej bahawa beliau, sebagai AG dan Pendakwa Raya ketika itu, berpuas hati dengan kebenaran dakwaan dua individu yang telah disabitkan bahawa Najib terlibat dalam mengarahkan mereka membunuh Altantuya.

Surat itu juga menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah jelas bermotifkanmala fide (niat jahat) dan secara prinsipnya dilakukan demi kepentingan diri Thomas dalam mencari publisiti murahan yang didorong oleh egonya, sensationalisme dan keuntungan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Perkasa perlu bayar RM150,000 kepada Lim Guan Eng kerana memfitnahnya

Mahkamah membenarkan rayuan Lim untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Prosiding taksiran ganti rugi saman fitnah Guan Eng 14 April ini

Saman itu difailkan Lim berhubung penerbitan artikel membabitkan dakwaan rasuah terhadapnya dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Najib akan beri keterangan bicara kes rasuah Rosmah

Peguam Rosmah, Jagjit Singh berkata bekas perdana menteri itu adalah antara saksi pembelaan yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Perbicaraan 1MDB tangguh kerana saksi kontak rapat kes Covid-19

Hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan itu ke 3 Mei.