Thursday, February 25, 2021

Malaysia terima vaksin Pfizer seminggu lebih awal, kata menteri kesihatan

Adham berkata vaksin itu akan diterima secara berfasa iaitu 148,000 dos pada fasa pertama.

Other News

Injunctive orders and the deportation of Myanmar nationals

It would have been tenuous to rely on a stay order to prevent the government from deporting the 1,200 Myanmar nationals.

New look for Burger King as it announces major expansion despite pandemic

Burger King Malaysia plans to grow its restaurant base by 20% by the end of the year.

Making MySejahtera mandatory victimises the non-IT savvy and the poor

Consumers Association of Penang urges the government to reconsider the move, given the plight of the elderly and those who do not possess smartphones.

Pasaran hartanah kekal stabil dalam tempoh pandemik

Tiada perubahan ketara secara keseluruhan dari segi permintaan harga untuk suku keempat 2020, dengan pasaran dijangka terus meningkat pada 2021.

Apex court declares Selangor shariah law criminalising unnatural sex unconstitutional

A nine-member Federal Court bench grants a declaration sought by a man accused of attempting to commit sexual intercourse against the order of nature.

Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal sebelum bermulanya Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama pada 26 Februari ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata vaksin itu perlu diterima lebih awal, bagi membolehkan suntikan awal diberikan kepada 7,000 individu yang akan bertugas memberikan vaksin.

“Kita perlu dahulukan mereka yang akan bertugas memberi vaksin dan 7,000 vaksinator dipilih untuk disuntik awal, Oleh itu, (vaksin) ini djangka diterima awal seminggu dari tarikh 26 Feb,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Pada 11 Januari lepas, perjanjian untuk penghantaran fasa pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech BNT1262b ke seluruh negara dimeterai antara kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan (KKM), dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd.

Perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari, meliputi 20 peratus populasi Malaysia dengan dua dos seorang.

Adham berkata vaksin itu akan diterima secara berfasa iaitu 148,000 dos pada fasa pertama.

Dalam pada itu, Adham berkata KKM mengenal pasti 55 lokasi penyimpanan vaksin di seluruh negara yang dilengkapi Penyejuk Suhu Ultra Rendah (ULTF), memandangkan vaksin itu perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celsius.

“Vaksin ini perlu dalam suhu -70 darjah Celsius secara berterusan, sehingga ia dikeluarkan untuk disuntik kepada mereka yang terlibat dalam fasa Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama,” katanya.

Beliau berkata KKM juga bekerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd, untuk memastikan tiada ganguan bekalan elektrik berlaku di lokasi penyimpanan vaksin.

Mengenai 600 pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara, Adham berkata tujuh petugas terdiri daripada pegawai perubatan serta jururawat, akan ditempatkan di setiap fasiliti suntikan vaksin.

“Kita jangka dapat memberi 210 suntikan vaksin di satu-satu lokasi sehari dan sekiranya ia berjalan lancar… 120,000 suntikan dapat dijalankan setiap hari di semua 600 pusat pemberian vaksin,” katanya.

Beliau berkata KKM akan memastikan pusat pemberian vaksin yang akan dibuka itu, terletak di lokasi strategik dan mempunyai peralatan yang mampu menyimpan vaksin dengan baik.

“Pusat pemberian vaksin ini perlu teratur dan kemas, dan proses pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam jumlah tertentu, kerana kita tidak mahu orang beratur panjang.

“Selain itu, perlu ada sesi rehat untuk mereka yang ambil vaksin dalam 30 minit, kerana kita tidak mahu ada kesan mudarat selepas suntikan,” katanya.

Rabu lepas, Adham berkata KKM sudah bersedia untuk melaksanakan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama, sebaik bekalan vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia pada 26 Februari ini.

Menurutnya, sesi latihan awal penghantaran vaksin tersebut ke Klinik Kesihatan Belaga di Sarawak pada 29 Januari dan Hospital Bintulu pada 30 Januari, berjaya dilaksanakan tanpa sebarang isu.

Beliau berkata, latihan awal penghantaran itu adalah untuk memastikan bekalan vaksin dari kilang syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer, di Puurs, Belgium yang menggunakan bekas ultra sejuk, sampai di Malaysia tanpa sebarang masalah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Lebih 600,000 daftar sebagai penerima vaksin Covid-19

637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi MySejahtera setakat 9 malam tadi.

Macam suntikan biasa, tak perlu takut, kata penerima awal vaksin Covid-19

Clement Marai Francis rasa bertuah kerana mendapat suntikan vaksin memandangkan tugasnya membawa pesakit Covid-19 amat berisiko.

Kes baru Covid-19 kembali melebihi angka 3,000

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,677.

Muhyiddin terima dos pertama vaksin Covid-19

Turut menerima suntikan pertama dalam program imunisasi itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Muhyiddin individu pertama terima vaksin Covid-19 hari ini

Turut dijadualkan menerima vaksin itu pada petang ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah serta empat lagi warga kerja kementerian kesihatan.