Friday, February 26, 2021

Muhyiddin mahu hubungan KL-Jakarta lebih strategik, komprehensif

Hubungan dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara mengoptimumkan kerjasama yang sudah terjalin.

Other News

AmBank to pay RM2.83 billion settlement over 1MDB scandal

This is in addition to the RM53.7 million penalty imposed by Bank Negara Malaysia and paid by AmBank Group.

AmBank bayar Putrajaya RM2.83 bilion disebabkan penglibatan dalam skandal 1MDB

Pembayaran ini akan menguntungkan rakyat Malaysia kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Palm oil churns trouble in Canadian ‘hard butter’ puzzle

The pandemic has increased demand for butter, so farmers are feeding extra palm oil derivatives to their cows to produce more milk fat.

Kes Covid-19 kembali melebihi 2,000, 11 kematian baru

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Daily cases back over 2,000, death toll up by 11

2,253 new cases, 3,085 recoveries.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mahu hubungan kerjasama Kuala Lumpur-Jakarta dipertingkatkan lagi ke peringkat yang strategik dan komprehensif.

Beliau yakin peningkatan hubungan dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara mengoptimumkan kerjasama yang sudah terjalin terutamanya dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

“Hasil daripada perbincangan kami pada hari ini, saya berpendapat sudah sampai masanya bagi hubungan kerjasama Malaysia dan Indonesia dipertingkatkan lagi ke peringkat yang strategik dan komprehensif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan empat mata di Istana Merdeka di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini berkata pengukuhan kerjasama tersebut mencerminkan tekad kedua-dua pemimpin serumpun itu untuk berganding bahu demi menjaga kemakmuran bersama.

“Sehubungan ini, kami telah memberi mandat kepada kedua-dua Menteri Luar untuk mengenal pasti bidang-bidang strategik yang boleh diberi keutamaan,” kata perdana menteri.

Beliau berpuas hati terhadap hubungan dua hala yang bertambah kukuh di setiap peringkat.

Usaha juga akan dipergiatkan untuk merangsang semula perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara dalam tempoh pandemik Covid-19, katanya.

“Perbincangan awal telah pun dimulakan di peringkat kerja. Saya berharap kedua-dua pihak akan dapat menggiatkan lagi rundingan bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) tersebut.

Mengenai kempen anti minyak sawit yang berlaku terutama di Eropah, Australia dan Oceania, Muhyiddin berkata Indonesia dan Malaysia sebagai dua negara pengeluar minyak sawit  terbesar dunia akan terus bekerjasama dalam berhadapan dengan isu diskriminasi tersebut.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Malaysian activists make legal bid to halt Myanmar deportation

Rights groups Amnesty International and Asylum Access have lodged a challenge at the Kuala Lumpur High Court to stop the deportation.

Jakarta crippled by floods

More than 1,300 residents have been evacuated to temporary shelters, with parts of the capital under 1.2m to 2.7m of water.

2021 membawa harapan cerah, kesulitan disusuli kemudahan

Walaupun terdapat ketidakpastian mengenai jangkitan harian empat digit sekarang ini dapat diturunkan menjadi angka dua atau satu digit.

Seruan duduk di rumah satu cabaran buat gelandangan

Mereka kebanyakan yang tinggal di jalanan, tidak faham mengenai ‘duduk di rumah dan kekal selamat’.

Indonesia kicks off second wave of Covid-19 vaccinations

Medical teams are now focusing on workers in close contact with the public and people over 60.