- Iklan -
Berita

4,571 positif Covid-19, 17 lagi kematian baru direkodkan

4,092 pesakit pulih dan dibenarkan pulang.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua orang pengawal keselamatan warga asing pulang ke rumah yang terletak di Desa Temuan, Bukit Lanjan, Selangor selepas habis syif kerja.
Dua orang pengawal keselamatan warga asing pulang ke rumah yang terletak di Desa Temuan, Bukit Lanjan, Selangor selepas habis syif kerja.

Sebanyak 4,571 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 231,483, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,092 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 181,886 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,056 kes diikuti Johor 664 dan Kuala Lumpur 481 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 48,771.

“Daripada jumlah itu 308 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 135 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 17 lagi kematian termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 826 orang.

“Selangor merekodkan 4 kematian, diikuti Sabah (3), Sarawak (3), Johor (2), Pahang (2), Negeri Sembilan (1), Melaka (1) dan Kelantan (1),” katanya

Katanya terdapat 10 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Jalan Industri Rawang di Selangor (tempat kerja).
  2. Kluster Jalan Gombak di Selangor dan Kuala Lumpur (tempat kerja).
  3. Kluster Jalan Jasmine di Selangor (tempat kerja).
  4. Kluster Parit Penyengat di Johor (tempat kerja).
  5. Kluster Jalan Pengiran di Sarawak (tempat kerja).
  6. Kluster Permata Satu di Negeri Sembilan (tempat kerja).
  7. Kluster Kampung Lukut di Johor (komuniti).
  8. Kluster Jalan Jelutong di Johor (komuniti).
  9. Kluster Kampung Pulau Jawa di Pahang (komuniti).
  10. Kluster Rantau Tanjung di Pahang (komuniti).