- Iklan -
Berita

Tommy Thomas cuba tutup kegagalan dengan menghina, kata kumpulan pengamal undang-undang

Jalsoa mengatakan kenyataan itu memberi persepsi negatif terhadap pegawai perundangan awam.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.
Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Pegawai kehakiman dan undang-undang mengkritik kenyataan bekas peguam negara, Tommy Thomas yang menghina bekas kakitangannya sendiri dalam buku autobiografinya yang baru.

Persatuan pegawai perkhidmatan kehakiman dan undang-undang (Jalsoa) mengatakan berdasarkan  kenyataan yang dikeluarkan menerusi buku bertajuk My Story: Justice in the Wilderness itu memberi persepsi negatif terhadap pegawai perundangan awam selain cubaan untuk menutup kelemahannya sendiri.

“Pandangan seperti yang berikan oleh Tommy Thomas itu ialah kegagalannya dalam memimpin jabatan peguam negara dan memahami pentadbiran perkhidmatan awam,” katanya.

Jalsoa berkata, timbul juga persoalan terhadap penilaian yang dilakukan Thomas berhubung kemampuan pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara dengan mengatakan banyak kenyataannya berniat jahat dan menghina semua pegawai undang-undang.

Mereka berkata, pegawai perundangan awam sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti terhadap maklumat tanpa mementingkan populariti.

“Tommy Thomas tidak boleh mempersoalkan kemampuan pegawai undang-undang di bawahnya dalam jangka waktu yang singkat apatah lagi dengan jelas menyebut dan menghina pegawai dalam bukunya,” kata wakil persatuan.

Jalsoa berkata, apa yang dikatakan Thomas seolah-olah jabatan peguam negara (AGC) tidak memiliki peguam yang berkelayakan untuk menangini kes berprofil tinggi.

“Ini mencerminkan bahawa dia memiliki tahap pemikiran yang sempit.

“Pegawai undang-undang yang mempunyai kemampuan dan tahap kelayakan akademik swasta yang turut hadir mewakili kerajaan untuk berhujah di mahkamah termasuk perundingan antarabangsa dan perbincangan kepentingan negara,” katanya.