- Iklan -
Berita

Shopee bantu ibu bapa dapatkan buku teks sekolah

Baucar pulangan tunai Syiling Shopee sebanyak 20% turut diberikan bagi pembelian buku.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Shopee menyediakan buku untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6.
Shopee menyediakan buku untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6.

Platform e-dagang terkenal Shopee mewujudkan sebuah sebuah portal khas bagi membolehkan ibu bapa membeli buku teks secara dalam talian dikenali sebagai Kedai Buku Shopee.

Ia merupakan hasil usaha sama dengan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) selepas golongan ibu bapa di beberapa buah negeri mengeluh sukar untuk mendapatkan buku teks dan buku kerja fizikal untuk anak-anak mereka.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, selain menyediakan portal Kedai Buku Shopee untuk para ibu bapa, pihaknya juga akan memberikan sokongan tambahan kepada komuniti dengan memberikan baucar pulangan tunai Syiling Shopee sebanyak 20%.

“Walaupun ia tidak banyak, kami berharap usaha ini dapat membantu mengurangkan tekanan yang dilalui oleh para ibu bapa,” kata Ho dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Mabopa dan MBA menyeru ahli-ahli mereka yang memiliki hak pengedaran rasmi buku teks dan buku kerja sekolah untuk meningkatkan peruntukan stok di kedai Shopee bagi menangani masalah pengedaran buku teks dan buku kerja di seluruh negara.

Presiden Mabopa Arief Hakim Sani Rahmat berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak sepatutnya menjadi alasan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dihentikan.

“Sebagai penerbit, kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan buku teks berkualiti tinggi serta memastikan ketersediaan di seluruh negara,” katanya.

Bagi mereka yang mencari buku teks dan buku kerja di Shopee, buku-buku tersebut boleh didapati di https://shopee.com.my/kedaibukushopee, untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6.

Para ibu bapa juga boleh menggunakan kod baucar “KEDAIBUKU10” untuk mendapatkan pulangan tunai Syiling Shopee 20% dengan nilai sehingga RM10 untuk pembelian buku-buku di bawah inisiatif Kedai Buku Shopee.