Wednesday, August 4, 2021

Saya tetap lantik sebagai peguam negara walaupun ‘Tommy benci saya’, kata Dr Mahathir

Mahathir berkata, beliau sedar akan mendapat penentangan daripada orang Melayu jika memilih Tommy Thomas.

Other News

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau tetap melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara walaupun peguam itu membencinya.

“Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya.

“Tetapi sebelum saya menjadi perdana menteri semula, Tommy datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga (Sreenevasan), kedua-duanya juga pernah pada satu masa menentang saya dan Zainur cadangkan nama Tommy sebagai peguam negara,” tulis Mahathir hari ini bagi menjawab dakwaan Thomas dalam buku autobiografinya, “My Story: Justice in the Wilderness”.

Mahathir berkata, beliau sedar akan mendapat penentangan daripada orang Melayu jika memilih Thomas dan menambah “kemarahan orang Melayu kepada saya memuncak”.

Tetapi Mahathir berkata, beliau kecewa dengan peguam negara Melayu sebelum itu yang enggan mengambil tindakan terhadap Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

“Saya sedia terima kritikan orang Melayu. Tetapi saya tidak dapat halang kecaman orang Melayu atas pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara,” katanya.

Mahathir berkata walaupun diserang hebat, beliau menerima keputusan Thomas untuk menggugurkan pertuduhan terhadap beberapa orang kerana menyokong militan LTTE di Sri Lanka.

“Saya juga percaya dan pertahan dia ketika dikecam orang Melayu. Tempoh khidmatnya hampir tamat. Saya cadangkan anugerah Tan Sri untuk dia,” tambahnya.

Mahathir turut mendedahkan PAS tidak pernah menuntut kepadanya untuk menggugurkan Thomas sebagai peguam negara.

“Tetapi saya terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat.

“Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai PM dia datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM, maka dia juga rasa perlu letak jawatan.

“Tulisannya berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat,” kata Mahathir.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles