Friday, February 26, 2021

Kami tidak akan ‘turun ke tahap serendah’ Tommy Thomas, kata peguam kanan

Haniff berkata, walaupun menentang pelantikan Thomas sebagai peguam negara, beliau tidak pernah mahukan jawatan itu untuk dirinya sendiri.

Other News

Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung undang-undang syariah Selangor tidak hina Islam

Ia menjelaskan kuasa untuk menggubal undang-undang jenayah terletak kepada Parlimen dan bukan kepada Dewan Undangan Negeri.

Muslim women’s group welcomes ruling against Selangor’s Islamic criminal laws

SIS says the decision should not be seen as undermining the religion of Islam or the Malay rulers who are the heads of Islam in their respective states.

Ismail Sabri terima suntikan vaksin Covid-19

Turut menerima suntikan hari ini ialah timbalan menteri pertahanan, ketua setiausaha, panglima angkatan tentera dan panglima-panglima perkhidmatan.

Art Harun terkejut dengan sikap rakan-rakan selepas dilantik speaker

Bekas peguam itu menceritakan hal peribadinya termasuk bagaimana proses pelantikannya sebagai speaker Dewan Rakyat dijadikan isu peribadi.

Speaker Art Harun shocked by friends who ‘unfriended’ him

The former lawyer opens up about himself, including how his appointment as Dewan Rakyat speaker has taken a personal toll.

Seorang peguam kanan menafikan dakwaan bercita-cita menjadi peguam negara semasa Pakatan Harapan (PH) berkuasa, mengatakan pihak lain yang turut dinamakan Tommy Thomas mempunyai cita-cita sama “tidak akan turun ke tahap serendahnya”.

“Sejak 2013, dia sendiri mengakui bercita-cita nak jadi peguam negara. Jangan letakkan kami dalam kategori sama,” kata Haniff Khatri Abdullah, peguam jenayah yang anak guamnya termasuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad kepada MalaysiaNow.

“Kami tidaklah sehina seperti dia. Kami berjuang bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan negara,” katanya merujuk kepada dakwaan Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness” yang menceritakan pengalamannya semasa PH berkuasa selama 22 bulan.

“Orang ini mengaku dia meletakkan cita-cita dalam otak dia yang sempit nak menjadi peguam negara, dia lah orangnya. Masalahnya, kemudian dia meletakkan orang-orang lain kononnya punyai target yang sama macam dirinya,” tambah Haniff.

Haniff berkata, walaupun menentang pelantikan Thomas sebagai peguam negara sejak awal, beliau tidak pernah mahukan jawatan itu untuk dirinya sendiri.

Sebaliknya beliau berkata, empat nama dicadangkannya kepada Mahathir: bekas hakim mahkamah rayuan, Mohamad Ariff Md Yusof, Mohd Hishamudin Md Yunus, bekas pegawai tinggi Pejabat Peguam Negara, Mohd Yusof Zainal Abiden dan bekas penasihat undang-undang kerajaan negeri Selangor Salehuddin Saidin.

“Kalau saya memang gilakan jawatan seperti Tommy, adakah saya nak bagi cadangan empat nama yang cukup berkaliber ini? Mengapa saya tak paksa Tun bagi saya jawatan itu pada hari pertama sedangkan pada hari pertama menunggu keputusan di istana, saya bersama dengan Tun hampir 24 jam,” kata Haniff.

Dalam buku baru Thomas yang ditulis dengan bantuan beberapa ahli politik termasuk Liew Chin Tong dan Syahredzan Johan daripada DAP, termasuk bekas pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan dan ahli perniagaan Kalimullah Hassan dari ECM Libra Group, beliau mengakui bercita-cita untuk jawatan peguam negara sejak 2013, tahun pilihan raya yang pembangkang gagal menang.

Thomas turut mendakwa peguam kanan Karpal Singh dan bekas hakim Salleh Abas, yang kedua-duanya sudah meninggal dunia ketika bukunya diterbitkan – menyokong pelantikannya.

Thomas berkata, perkara itu merupakan rahsia yang disimpan ahli keluarga dan rakan terdekatnya.

Thomas dilantik untuk memegang jawatan itu pada 2018, selepas PH menang pilihan raya, meletakkan jawatan 20 bulan selepas itu selepas berlaku perubahan kerajaan disebabkan peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri.

‘Tiga orang mahu jadi peguam negara’

Dalam bukunya, Thomas merujuk kepada perjumpaan pemimpin PH yang disertainya di Hotel Sheraton di Pertaling Jaya pada malam pilihan raya umum 2018 sebagai di ambang kekuasaan.

Beliau menamakan dua personaliti terkemuka dalam dunia guaman yang turut berada di situ turut mahukan jawatan peguam negara.

“Kami terkejut melihat Gopal Sri Ram,” katanya merujuk kepada bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pendakwaan terhadap kes 1MDB Najib Razak.

“Seolah-olah beliau tiba-tiba mendekatkan dirinya dengan Tun Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan”.

Thomas kemudiannya mendakwa Haniff dan seorang lagi peguam yang rapat dengan Muhyiddin Yassin, juga mahukan jawatan peguam negara dan menambah Haniff sukar untuk mendapatkan jawatan itu kerana Mahathir yang akan dilantik sebagai perdana menteri tidak akan melantik peguamnya untuk jawatan itu.

“Lagipun, Haniff tidak diterima baik oleh mana-nama parti komponen gabungan itu. Terdapat juga khabar angin Rosli Dahlan dicadangkan oleh Muhyddin Yassin. Kami semua tidak sedar yang Sri Ram turut berminat,” tulis Thomas.

Apabila dihubungi, peguam Rosli Dahlan berkata pengakuan Thomas berunding dengan DAP dan pemimpin pembangkang untuk dilantik sebagai peguam negara pada 2013 sebagai membimbangkan.

“Ini menimbulkan persoalan berhubung keputusannya untuk tidak meneruskan pendakwaan dalam kes LTTE dan kes rasuah Lim Guan Eng,” kata Rosli.

Rosli merujuk kepada keputusan Thomas untuk menggugurkan dakwaan pengganas terhadap anggota DAP yang didakwa kerana menyokong kumpulan militan Sri Lanka, termasuk keputusan untuk membebaskan setiausaha agung DAP dalam pendakwaan rasuah.

“Disebabkan Thomas bercakap tentang akauntibiliti, dia mesti dipertanggungjawabkan bukan sahaja disebabkan sifat kurang hematnya tetapi juga kerana melanggar beberapa peruntukan undang-undang tentang kerahsiaan antara peguam kerajaan, negeri dan anak guam,” tambah Rosli.

‘Saya memang tidak popular’

Haniif bagaimanapun bersetuju dengan pandangan Thomas beliau tidak popular dalam kalangan ahli-ahli politik.

“DAP tak suka saya, ramai dalam Bersatu juga tak suka saya. Saya bukannya naif. Sebab apa orang tak suka saya? Sebab saya tegas mengikut Perlembagaan dan undang-undang”.

Haniff memberikan dua alasan mengapa Thomas dirasakan tidak layak menjadi peguam negara.

Beliau berkata Thomas tidak pernah menggendalikan kes jenayah.

“Sebab itu, kemudiannya dia sendiri melantik Sri Ram dan V Sithambaran untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan SRC dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” kata Haniff dan menambah kegagalan Thomas untuk bercakap dalam bahasa kebangsaan turut membimbangkan.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Apabila hikayat Tommy Thomas menggagalkan usaha ke arah meritokrasi

Apakah kita berpeluang lagi untuk melihat seorang bukan Melayu memegang jawatan tinggi selepas apa yang ditulis Thomas?

Anwar beritahu saya dia tidak mampu kawal ‘budak-budak jahatnya’, kata Mahathir

Bekas perdana menteri memberikan sedikit bayangan mengenai pertemuan peribadi dengan lelaki yang dinamakan untuk menggantikan tempatnya.

Dr Mahathir kecam Muhyiddin, dakwa Agong digambarkan sebagai ‘diktator zalim’

Bekas perdana menteri itu turut mendakwa pengisytiharan darurat tidak sah.

Pejuang namakan Dr Mahathir, Mukriz sebagai teraju, tolak PRU15 sehingga 2023

Adalah tidak wajar rakyat didedahkan kepada ancaman Covid-19, kerana mahu mengadakan pilihan raya.

Najib pernah hunus keris nak mandikan dengan darah Cina, kata Dr Mahathir

Mahathir mengatakan Najib tidak perlu mencampurinya urusannya dan seharusnya fokus kepada perbicaraan mahkamah berhubung pertuduhan rasuah terhadapnya.