- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 turun di bawah paras 4,000, 21 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 47,847.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang Orang Asli suku Temuan menunggu giliran bagi melakukan ujian saringan Covid-19 secara percuma di Desa Temuan, Bukit Lanjan pada 29 Januari lalu.
Seorang Orang Asli suku Temuan menunggu giliran bagi melakukan ujian saringan Covid-19 secara percuma di Desa Temuan, Bukit Lanjan pada 29 Januari lalu.

Sebanyak 3,455 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 222,628, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,661 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 173,990 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,145 kes diikuti Johor 708 dan Kuala Lumpur 619 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 47,847.

“Daripada jumlah itu 327 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 145 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 21 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 791 orang.

“Selangor merekodkan 12 kematian, diikuti Sabah (4), Kuala Lumpur (2), Johor (2) dan Kedah (1),” katanya

Katanya terdapat tujuh lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Jalan Ragum di Selangor (tempat kerja).
  2. Kluster Bukit Rahman di Selangor (tempat kerja).
  3. Kluster Parit Jamil Darat di Johor (tempat kerja).
  4. Kluster Tapak Bina Jalan Cheras di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  5. Kluster Taman Muhibbah di Pahang (tempat kerja).
  6. Kluster Industri Serkam di Melaka (tempat kerja).
  7. Kluster Semarak Bersia di Perak (komuniti).