- Iklan -
Berita

Biden gesa masyarakat antarabangsa beri tekanan kepada tentera Myanmar

Tentera Myanmar harus menamatkan rampasan kuasa dan menggembalikan demokrasi.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden AS Joe Biden. Gambar: AP
Presiden AS Joe Biden. Gambar: AP

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam menggesa tentera Myanmar segera melepaskan kuasa dan membuat semakan terhadap pertimbangan untuk mengenakan semula sekatan ketika peralihan negara itu kepada demokrasi.

Biden dalam kenyataan berkata, masyarakat antarabangsa perlu bersatu untuk memberi tekanan kepada tentera Myanmar supaya segera melepaskan rampasan kuasa.

“AS menghapuskan sekatan ke atas Burma sejak sedekad lalu, berdasarkan kemajuan ke arah demokrasi,” katanya menggunakan nama terdahulu Myanmar.

“AS akan memperjuangkan demokrasi di mana sahaja, jika ia diganggu,” katanya.

Peralihan demokrasi di Myanmar awalnya dilihat sebagai kejayaan besar pentadbiran bekas Presiden Barack Obama, dengan negara ditempatkan secara strategik itu dilihat bergerak menuju demokrasi dan jauh daripada orbit China.

Bagaimanapun, pemimpin demokrasi Myanmar yang pernah menjadi ikon, Aung San Suu Kyi pernah dikritik pihak barat kerana enggan mengecam pembunuhan besar-besaran etnik Muslim Rohingya.

Semalam, tentera memahan Suu Kyi dan ahli politik lain selepas parti berkenaan mencatat kemenangan besar pada pilihan raya.

“AS akan memberi perhatian terhadap mereka yang bersama-sama dengan rakyat Myanmar untuk berdepan situasi sulit ini.

“Kita akan bekerjasama dengan rakan-rakan lain di seluruh dunia untuk mendukung pemulihan demokrasi dan kedaulatan undang-undang, serta bertanggung jawab kepada mereka yang membatalkan peralihan demokrasi di Myanmar,” kata Biden.