Wednesday, February 24, 2021

Nasib Isa Samad Rabu ini

Isa Samad menghadapi sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Other News

SPRM siasat bekas menteri PH, Xavier berhubung dakwaan rasuah

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Agong boleh benarkan sidang Parlimen semasa darurat, kata Istana Negara

Tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat

Lihat perkara baik Langkah Sheraton, penyokong PH diberitahu

Kata Wong Chin Huat Langkah Sheraton membawa satu era baru dalam gabungan politik yang tidak rigid dengan parti-parti politik bersedia untuk berkompromi.

Agong can allow Parliament to convene during emergency, says palace

Istana Negara says this can be done at a suitable date on the advice of the prime minister.

Chinese court orders man to pay ex-wife for housework in landmark ruling

The court ruled that the ex-wife had taken on more household responsibilities and should receive US$7,700 plus sole child custody and an additional 2,000 yuan or US$310 in alimony per month.

Bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad akan mengetahui nasibnya berhubung sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak yang dihadapinya, pada Rabu ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan memutuskan sama ada Mohd Isa yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan, bersalah atas pertuduhan itu atau membebaskannya.

Mohd Nazlan dijangka menyampaikan keputusannya pada 9.30 pagi.

Mohd Isa, 71, didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel, iaitu ahli lembaga pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini, antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bermula pada 8 Oktober 2019 dengan pihak pendakwaan memanggil 22 saksi termasuk bekas ketua pengarah Felda Hanapi Suhada, bekas ketua pegawai eksekutif FICSB Mohd Zaid Abdul Jalil, Ikhwan dan Muhammad Zahid.

Pada 16 Jun lepas, Mohd Nazlan memerintahkan Mohd Isa membela diri atas sembilan pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan bukti kukuh yang menepati setiap inti pati kesalahan menerima suapan menurut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM.

Hakim bagaimanapun melepaskan dan membebaskan Mohd Isa daripada satu pertuduhan pecah amanah (CBT) berhubung pembelian hotel itu tanpa kelulusan Lembaga Pengarah Felda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mohd Isa, 71, memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi dan prosiding pembelaannya bermula pada 17 Ogos tahun lepas.

Dalam keterangannya, Mohd Isa menafikan menerima RM3 juta menerusi sembilan transaksi daripada  Muhammad Zahid berhubung pembelian MPHS pada 2014.

“Saya tidak pernah mengarahkan Zahid (Muhammad Zahid) meminta Haji Ikhwan (Ikhwan Zaidel) untuk memberikan sebarang ganjaran kepada saya kerana membantu meluluskan pembelian MPHS,” katanya.

Pada 3 September tahun lepas, pasukan pembelaan Mohd Isa menutup kes mereka selepas memanggil enam saksi termasuk bekas setiausahanya Zuraida [email protected] serta bekas pegawai khas beliau Kamar Bashah Shariff bagi memberi keterangan dengan Mohd Isa dipanggil menjadi saksi pertama.

Pada 24 Disember tahun lepas, dalam hujah di akhir kes pembelaan, peguam Salehuddin Saidin yang mewakili Mohd Isa berkata wang RM3 juta itu ialah untuk Muhammad Zahid dan kroninya bukan untuk Mohd Isa.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz pula menghujahkan bahawa keterangan Zuraida menunjukkan Muhammad Zahid bebas memasuki bilik pejabat Mohd Isa tanpa memerlukan kebenaran sesiapa dan kehadirannya di bilik tertuduh juga tidak direkodkan oleh Zuraida.

“Ini cukup untuk membuktikan Muhammad Zahid ada akses kepada pejabat tertuduh dan beliau boleh memasuki bilik pejabat tertuduh untuk menyerahkan wang daripada Ikhwan seperti yang beliau nyatakan dalam keterangannya.  Ini juga jelas menunjukkan Zuraida tidak nampak Muhammad Zahid menyerahkan wang itu kepada tertuduh,” katanya.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Najib akan temani Rosmah untuk keputusan kes rasuah esok

Esok, Mahkamah Tinggi akan memutuskan sama ada Rosmah perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau dibebaskan.

Keputusan Rosmah bebas atau bela diri rasuah projek solar 18 Februari

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram.

Selepas PKP 2.0, masa depan industri pelancongan bertambah gelap

Penutupan hotel secara tidak langsung menjejaskan ramai pihak yang berusaha mencari pendapatan bagi meneruskan hidup.

Isa Samad settles bail payment, files notice of appeal

His notice of appeal was filed at the High Court this morning.

Isa Samad selesai bayar jamin tambahan RM700,000

Isa Samad juga telah memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya.