- Iklan -
Berita

Kes sembuh lebih tinggi daripada jangkitan baru, 4,280 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 48,074.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pengunjung pasar malam Taman Keramat AU2, beratur menunggu giliran sebelum dibenarkan masuk.
Beberapa pengunjung pasar malam Taman Keramat AU2, beratur menunggu giliran sebelum dibenarkan masuk.

Sebanyak 4,214 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 219,173, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,280 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 170,329 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,362 kes diikuti Johor 1,068 dan Kuala Lumpur 702 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 48,074.

“Daripada jumlah itu 316 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 137 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 10 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 770 orang.

Katanya terdapat 14 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Tapak Bina Jalan Lagoon, Selangor (tempat kerja).
  2. Industri Puchong, Selangor (tempat kerja).
  3. Persiaran Raya, Perak (tempat kerja).
  4. Lapangan Siber, Perak (tempat kerja).
  5. Kampung Parit Masjid, Johor (tempat kerja).
  6. Tapak Bina Jalan Puchong, Kuala Lumpur (tempat kerja).
  7. Ladang Sungai Pin, Sabah (tempat kerja).
  8. Bintang Daily, Sarawak (tempat kerja).
  9. Nilam Tiga, Negeri Sembilan (tempat kerja).
  10. Jalan Empat, Kuala Lumpur (kumpulan berisiko tinggi).
  11. Jalan Tan, Kuala Lumpur (kumpulan berisiko tinggi).
  12. Sungai Purun, Selangor (kumpulan berisiko tinggi).
  13. Kampung Samin, Sabah (komuniti).
  14. Padas Damit, Sabah (komuniti).