Sunday, February 28, 2021

Ada lebih 30,000 keluarga miskin di KL, kata menteri

Jumlah itu meliputi 178 lokaliti di sekitar Kuala Lumpur, terutama membabitkan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Other News

2,437 kes positif, jumlah jangkitan Covid-19 kini melebihi 300,000

300,752 jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia.

2,437 cases take total confirmed infections past 300,000

202 in the ICU, 93 in need of respiratory assistance.

PKR pertahankan tindakan wakil rakyat Amanah lompat parti

Ahli dalam Pakatan Harapan boleh bertukar menyertai mana-mana parti kecuali ‘seteru’ politik.

PKR defends Amanah party hoppers

It says members within the Pakatan Harapan coalition can switch parties but not to the 'enemy side'.

Duo says ready to help PM rebuild economy after quitting PKR

Larry Sng says there has been too much politicking, while Steven Choong says he is ready to contribute his professional expertise.

Dianggarkan lebih 30,000 keluarga daripada 1.8 juta penduduk di ibu negara memiliki pendapatan di bawah RM2,200 dan berada di bawah garis kemiskinan serta memerlukan bantuan yang sewajarnya.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata jumlah itu dikenal pasti di 178 lokaliti di sekitar Kuala Lumpur, terutama membabitkan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Di bandar (Kuala Lumpur) golongan ini tidak dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, kami anggap mereka perlu dibantu dengan pelbagai jenis kemudahan dan bantuan selain harus ada perancangan khusus agar mereka tidak ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan senarai 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah.

Bagaimanapun, bilangan tepat ketua isi rumah yang tergolong di bawah garis kemiskinan tidak dapat dikenal pasti kerana perkara itu diuruskan oleh pelbagai agensi, antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kami percaya ada berlaku pertindihan namun anggaran kami berdasarkan jumlah ketua isi rumah membabitkan 63,000 unit PPR di sekitar ibu negara dengan separuh daripadanya tergolong di bawah garis kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata pihaknya akan mengagihkan lebih 5,000 kampit beras seminggu berbanding sasaran asal hanya 3,000 kampit beras dalam tempoh sama kepada golongan memerlukan menerusi program [email protected] berikutan sambutan hangat yang diterima daripada mereka yang memberi sumbangan.

“Untuk itu, kami menjangkakan 20,000 ke 30,000 kampit beras dalam tempoh sebulan dapat kami sampaikan secara sistematik kepada kumpulan sasar.

“Sumbangan juga masih lagi terbuka sehingga sekarang malah saya sendiri akan menghubungi rakan-rakan swasta untuk bersama menjayakan program ini. Orang ramai juga boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM10 menerusi portal MyInfaq,” katanya.

Beliau berkata agihan beras akan dilakukan secara sistematik kepada golongan sasar di setiap zon supaya tiada insiden pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Program [email protected] adalah sub program kepada [email protected] untuk golongan miskin bandar atau mereka yang hilang mata pencarian ketika PKP dan ia dilancarkan secara virtual oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021, malam tadi.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Keluarga anak ramai gembira terima bantuan, kini cukup kelengkapan ikuti PdPR

Pasangan suami isteri bersyukur keluarga terima sumbangan enam tablet dan barangan kelengkapan dapur.

Ada sinar buat keluarga miskin menjelang Tahun Baru Cina

Rumah usang milik Chin Kim Choy akan dibaiki selepas berita mengenai kesusahannya mendapat perhatian.

Program vaksinasi Covid-19 mengikut jadual, kata PM

Program vaksinasi ini berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.

PM umum pakej Permai RM15 bilion, lindungi ekonomi, rakyat ketika Covid-19

Terdapat 22 inisiatif bermatlamat untuk memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Kerajaan ikrar permudah pengeluaran KWSP selepas RM24 billion diluluskan untuk 3 juta pemohon

KWSP diminta untuk memudahkan proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2, yang akan dibuat mulai 26 Januari.