Tuesday, October 19, 2021

Bantuan beras percuma kepada keluarga B40 setiap minggu

Bantuan itu akan diberikan kepada keluarga B40 yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai hari ini.

Other News

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan program pemberian beras percuma setiap minggu untuk keluarga B40 yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai hari ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah di negara ini yang terkesan akibat Covid-19.

Katanya, bantuan beras itu akan dilaksanakan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan melalui Program [email protected] melibatkan sumbangan sebanyak 5,750 kampit beras.

“Kerajaan sedar realiti kesulitan yang berlaku dalam kalangan rakyat tanpa mengira golongan, yang bertungkus-lumus membina semula dan meneruskan kehidupan berikutan pandemik Covid-19,” katanya dalam ucapan Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang berlangsung secara maya, malam ini.

Muhyiddin turut melancarkan Program Kemiskinan Bandar (5MY) di Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan miskin bandar terutama dalam menangani isu kos sara hidup, kelangsungan hidup rakyat serta membasmi kemiskinan di Wilayah Persekutuan, khususnya semasa Covid-19.

Program 5MY akan merangkumi [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] dan [email protected]

Katanya program itu sudah memberi manfaat kepada lebih 35,000 orang di 331 perumahan kos rendah di Kuala Lumpur.

Tambahnya, program itu merupakan salah satu usaha kerajaan dengan menyediakan program perlindungan sosial yang komprehensif untuk memastikan golongan rentan dan berpendapatan rendah tidak tertinggal daripada arus pembangunan negara.

“Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK Nasional telah meningkat kepada RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah dan ini bermakna, lebih 400,000 isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK ini telah tergolong dalam kategori miskin”.

Katanya [email protected] telah menyediakan sehingga 3,259 pekerjaan di ibu kota iaitu 28% lebih tinggi daripada sasaran asal meliputi pengambilan pekerjaan daripada pelbagai sektor dan industri.

“Inisiatif [email protected] telah memberi bantuan kepada seramai 9,704 murid di 67 kawasan perumahan awam kos rendah yang melibatkan 94 orang pengendali bas sekolah manakala [email protected] pula adalah perkhidmatan klinik bergerak yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan asas secara percuma kepada warga kota yang kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur,” katanya.

Bagi [email protected] pula adalah inisiatif yang berkonsepkan pasar bergerak ke kawasan perumahan kos rendah melalui perjualan barang basar dan keperluan harian pada harga 5% hingga 20% lebih murah daripada harga di pasar awam.

[email protected] merupakan konsep bantuan bakul makanan yang berisi keperluan harian kepada golongan miskin bandar dan kini telah memanfaatkan seramai 32,000 ketua isi rumah di Kuala Lumpur”.

Katanya bagi menambah baik inisiatif-inisiatif itu Kementerian Wilayah Persekutuan akan melipatgandakan usaha dengan meneliti semula sasaran penerima bantuan bagi mengelakkan individu yang layak tidak tercicir.

 

 

 

 

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles