- Iklan -
Berita

Kes Covid-19 melepasi angka 5,000, 16 lagi kematian direkodkan

Sebanyak 3,423 pesakit pulih dan dibenarkan pulang.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penduduk orang asli suku temuan di Desa Temuan, Bukit Lanjan melakukan saringan Covid-19 hari ini secara percuma.
Seorang penduduk orang asli suku temuan di Desa Temuan, Bukit Lanjan melakukan saringan Covid-19 hari ini secara percuma.

Sebanyak 5,725 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 203,933 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,423 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 157,722 kes.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,126 kes diikuti Kuala Lumpur 687 dan Johor 684 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, daripada jumlah kes yang dilaporkan di Selangor, 1,627 dikesan daripada saringan kontak rapat, 932 kes melibatkan kluster dan baki 576 daripada lain-lain saringan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 45,478.

“Daripada jumlah itu 301 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 115 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 16 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 733 orang.

“Sembilan kematian dilaporkan di Selangor, dua di Sabah dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka, Kelantan dan Perak,” katanya.

Tambahnya terdapat 12 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Persiaran Subang, Selangor (tempat kerja).
  2. Industri Indah, Selangor (tempat kerja).
  3. Tapak Bina Jalan Klang, Kuala Lumpur (tempat kerja).
  4. Tapak Bina Jalan Vista, Kuala Lumpur (tempat kerja).
  5. Jalan Kota Burok, Johor (tempat kerja).
  6. Jalan By Pass, Johor (tempat kerja).
  7. Jalan Bistari Dua, Johor (tempat kerja).
  8. Jalan Empayar, Johor (tempat kerja).
  9. Jalan Rusa Scientex, Johor (tempat kerja).
  10. Jalan Sepanggar, Sabah (tempat kerja).
  11. Tinanom, Sabah (komuniti).
  12. Tabong, Sarawak (komuniti).