- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kembali melepasi angka 4,000

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 43,192.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita melalui kawasan Jonker Street, Melaka berlatarbelakangkan mural dua ekor kuda.
Seorang wanita melalui kawasan Jonker Street, Melaka berlatarbelakangkan mural dua ekor kuda.

Sebanyak 4,094 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk lapan jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 198,208, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,281 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 154,299 kes.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,577 kes diikuti Johor 717 dan Kuala Lumpur 678 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 43,192.

“Daripada jumlah itu 303 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 118 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 10 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 717 orang.