- Iklan -
Berita

314 di ICU, 3,680 kes baru Covid-19

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 42,389.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa orang pelanggan beratur mengikut penjarakan sosial bagi membeli makan tengah hari dari sebuah lori yang menjual makanan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
Beberapa orang pelanggan beratur mengikut penjarakan sosial bagi membeli makan tengah hari dari sebuah lori yang menjual makanan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Sebanyak 3,680 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk enam jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 194,114, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 1,858 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 151,018 kes.

“Johor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,069 kes diikuti Selangor 822 dan Kuala Lumpur 698 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 42,389.

“Daripada jumlah itu 314 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 122 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat tujuh lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 707 orang.

Tambahnya terdapat 17 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Parit Lanjut di Johor (tempat kerja).
  2. Kluster Industri Grisek di Johor (tempat kerja).
  3. Kluster Jalan Trus di Johor (tempat kerja).
  4. Kluster Jalan Medini di Johor (tempat kerja).
  5. Kluster Tengah Tiga di Johor (tempat kerja).
  6. Kluster Pengerang Utara di Johor (tempat kerja).
  7. Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  8. Kluster Jalan Danau di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  9. Kluster Jalan Yahya di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  10. Kluster Jalan Pudu di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  11. Kluster Jalan Mutiara di Selangor (tempat kerja).
  12. Kluster Tapak Bina Tanjung di Selangor (tempat kerja).
  13. Kluster Persiaran Perkilangan di Selangor (tempat kerja).
  14. Kluster Jalan Sulaman di Sabah (tempat kerja).
  15. Kluster Jalan Seri di Perak (tempat kerja).
  16. Kluster Jalan Pengkalan di Perak (komuniti).
  17. Kluster Bendayan di Sarawak (komuniti).