Friday, February 26, 2021

Tunjuk perasaan bantah perintah berkurung di Belanda bertukar jadi ganas

Sekatan pergerakan diperketatkan lagi pada 23 Januari dengan penguatkuasaan perintah berkurung di seluruh negara antara 9 malam dan 4.30 pagi.

Other News

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.

No police permit needed to cross borders for school

Parents only need to show letters issued by the schools at police roadblocks.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

New cases drop below 2,000 mark

12 more deaths reported.

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Tunjuk perasaan di seluruh Belanda yang membantah langkah baru untuk mengekang penularan Covid-19 bertukar menjadi ganas apabila peserta bertempur dengan polis, lapor Agensi Anadolu.

Ratusan orang berkumpul di bandar-bandar untuk membantah tindakan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 70 ditahan.

Di Rotterdam penunjuk perasaan menyerang polis dengan melemparkan bunga api dan batu serta merosakkan premis perniagaan.

Polis bertindak campur tangan menggunakan anjing dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Bantahan turut diadakan di Amsterdam, Haarlem, Geleen, Helmond, Zwolle, Amersfoort, Den Bosch dan Tilburg.

Orang ramai dinasihatkan duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu seperti membeli barang keperluan, rawatan perubatan, bekerja atau bersekolah jika tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian.

Belanda pada 12 Januari melanjutkan sekatan pergerakan sehingga sekurang-kurangnya 10 Februari kerana penularan varian baru virus Covid-19.

Sekatan pergerakan diperketatkan lagi pada 23 Januari dengan penguatkuasaan perintah berkurung di seluruh negara antara 9 malam dan 4.30 pagi, yang pertama sejak Perang Dunia II.

Orang ramai dinasihatkan duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu seperti membeli barang keperluan, rawatan perubatan, bekerja atau bersekolah jika tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Muhyiddin ucap selamat maju jaya kepada calon SPM

Seramai 401,105 pelajar seluruh negara akan menduduki SPM 2020 dalam suasana pembudayaan norma baru.

Vaksin Covid-19 pertama untuk Malaysia tiba pagi ini

Malaysia akan dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan lima hari lagi.

26,500 anggota tentera darat penerima vaksin Covid-19 fasa pertama, kata panglima

Pemberian vaksin itu akan diutamakan kepada anggota yang bertugas di kawasan zon merah Covid-19.

Rakyat Malaysia dilanda ‘kebimbangan kelesuan’ jika Covid-19 berterusan?

Tinjauan Indeks Kerisauan Nasional mendapati berlaku penurunan ketara mengenai kerisauan pekerjaan dan kos sara hidup berbanding suku ketiga tahun lepas.

19 premis tidak patuhi SOP PKP dikompaun, kata menteri

643 individu ditahan dan daripada jumlah itu, 623 dikompaun manakala 20 lagi direman.