- Iklan -
Berita

Pemimpin kanan DAP selar Noor Hisham

Ketua pengarah kesihatan itu didakwa menunjukkan kelemahannya dalam perang melawan Covid-19.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Liew Chin Tong dan Dr Noor Hisham Abdullah.
Liew Chin Tong dan Dr Noor Hisham Abdullah.

Seorang pemimpin kanan DAP mengkritik Dr Noor Hisham Abdullah, mengatakan ketua pengarah kesihatan itu menunjukkan kelemahannya dalam perang melawan Covid-19.

“Untuk menjadikannya lebih buruk, titik buta dan pilihan peribadi Noor Hisham – dan keenganannya untuk menggunakan kit ujian pantas, tidak mahu menguji kontak tanpa simptom dan memfokuskan pendekatan didominasi kementerian kesihatan, menjadi semakin jelas dalam gelombang terbaru penularan,” kata Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Liew Chin Tong dalam artikel yang diterbitkan South China Morning Post.

Tahun lalu, Noor Hisham mengingatkan kit ujian pantas untuk mengesan virus itu boleh menghasilkan keputusan tidak tepat.

Minggu lalu Noor Hisham berkata, ujian harus dilakukan dalam tempoh lima hingga tujuh hari pertama selepas bergejala untuk keputusan yang tepat.

Liew yang dilantik sebagai senator pada 2018 selepas kalah dalam pilihan raya untuk dilantik sebagai timbalan kepada menteri pertahanan pada ketika itu Mohamad Sabu turut mendakwa kerajaan “terlalu bergantung kepada Noor Hisham” sehingga menimbulkan masalah dalam melawan pandemik.

Liew turut berkata perang Malaysia melawan Covid-19 “tidak seagresif sesetengah negara jiran” dalam percubaan untuk membeli vaksin.

Katanya, kepimpinan Noor Hisham pada tahun-tahun awal pandemik menyebabkan “legitimasi pencapaian” kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Liew berkata, keenganan Noor Hisham untuk menggunakan kit ujian pantas secara besar-besaran dan menambah kerajaan masih belum melaksanakan ujian terhadap kontak yang tidak mempunyai simptom.

“Peningkatan kes baru-baru ini dan disebabkan kekurangan sumber manusia, secara praktikalnya menyebabkan pengesanan kontak diabaikan,” katanya.

Liew kemudiannya merujuk kepada struktur pentadbiran Malaysia yang tidak mengagihkan perkara seperti kesihatan kepada kerajaan negeri.

“Hospital di seluruh negara di bawah kawalan satu orang: ketua pengarah kesihatan,” katanya.

Tahun lalu, China Global TV Network (CGTN) memilih Noor Hisham sebagai salah seorang daripada tiga doktor terbaik dalam perang dunia melawan Covid-19, termasuk rakan sejawatnya dari New Zealand Ashley Bloomfield dan penasihat kesihatan presiden Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci.