Sunday, July 25, 2021

KSN jalani kuarantin kendiri Covid-19

Mohd Zuki Ali menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19 pada 22 Januari lalu.

Other News

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sehingga Ahad ini selepas menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19 pada 22 Januari lalu.

Zuki mengesahkan perkara tersebut melalui akaun Facebook dan Twitter pagi ini, memaklumkan kuarantin kendiri itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun, situasi ini tidak akan mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam kerana saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya.

“Sidang media Pengurusan Darurat yang sepatutnya diadakan pada petang ini terpaksa dibatalkan dan saya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan mekanisme pentadbiran Pengurusan Darurat,” katanya melalui hantaran itu.

Sebelum ini, Zuki dijadualkan mengadakan sidang media yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM dan Bernama TV, pada jam 2.30 petang ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles