- Iklan -
Berita

Kes kematian capai angka 700, 4,076 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 40,574.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita melintas jalan sambil berpayung dan memakai pelitup muka di bulatan Pusat Bandar Melaka.
Seorang wanita melintas jalan sambil berpayung dan memakai pelitup muka di bulatan Pusat Bandar Melaka.

Sebanyak 3,585 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk dua jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 190,434, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,076 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 149,160 kes.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,295 kes diikuti Kuala Lumpur 610 dan Johor 516 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 40,574.

“Daripada jumlah itu 280 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 111 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 11 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 700 orang.

Katanya terdapat tujuh kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Jalan Cochrane di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  2. Kluster Jalan Platinum di Johor (tempat kerja).
  3. Kluster Intan Delima di Negeri Sembilan (tempat kerja).
  4. Kluster Jalan Padi Mahsuri di Johor (komuniti).
  5. Kluster Kampung Bukit Putera di Terengganu (komuniti).
  6. Kluster Keladi Saga di Kedah (keagamaan).
  7. Kluster Tembok Bukit Besi di Terengganu (pusat tahanan).