Sunday, February 28, 2021

Rayuan sabitan, hukuman kes rasuah RM2 juta Ku Nan April depan

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam menetapkan 22 dan 23 April untuk pendengaran rayuan itu

Other News

PKR pertahankan tindakan wakil rakyat Amanah lompat parti

Ahli dalam Pakatan Harapan boleh bertukar menyertai mana-mana parti kecuali ‘seteru’ politik.

PKR defends Amanah party hoppers

It says members within the Pakatan Harapan coalition can switch parties but not to the 'enemy side'.

Duo says ready to help PM rebuild economy after quitting PKR

Larry Sng says there has been too much politicking, while Steven Choong says he is ready to contribute his professional expertise.

Dua ahli Parlimen keluar PKR mahu bantu PM pulihkan ekonomi

Larry Sng berkata terlalu banyak politiking manakala Steven Choong berkata bersedia menyumbang menggunakan kepakarannya.

Myanmar forces disperse rallies with 3 reported dead in anti-coup crackdown

Three men were killed and at least 20 others injured when security forces moved on a rally in the southern coastal hub of Dawei, according to a volunteer medic and local media reports.

Rayuan bekas menteri Wilayah Persekutuan engku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta atas kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan didengar pada 22 April depan.

Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan ketika dihubungi pemberita berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam menetapkan 22 dan 23 April untuk pendengaran rayuan itu, ketika pengurusan kes menerusi aplikasi Zoom hari ini, yang turut disertai Timbalan Pendakwa Raya Rullizah Abdul Majid.

Sementara itu, Rullizah berkata mahkamah turut menetapkan 5 Mac ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Pada 21 Disember lepas, Tengku Adnan, 70, memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan pada hari yang sama.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini membenarkan permohonan Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan diputuskan.

Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Chai Kin Kong melalui cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

End to Ku Nan’s era as Khairy tipped to contest in Putrajaya?

This comes as Umno number two Mohamad Hasan eyes a parliamentary debut through the Rembau federal seat in Negeri Sembilan.

Reaksi kepada kes Malaysiakini tunjukkan politik lebih berkuasa, bukan undang-undang

Keputusan mahkamah perlu dihormati oleh semua pihak tanpa sebarang pertikaian.

Malaysiakini bayar denda RM500,000

Malaysiakini yang diwakili peguam A. Surendra Ananth, ketika dihubungi mengesahkan denda itu dibayar di kaunter mahkamah hari ini.

Prosiding taksiran ganti rugi saman fitnah Guan Eng 14 April ini

Saman itu difailkan Lim berhubung penerbitan artikel membabitkan dakwaan rasuah terhadapnya dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Jangan hanya sokong mahkamah ketika keputusan berpihak kepada kita

Janganlah apabila sesuatu penghakiman itu tidak mengikut selera kita, kita kata mahkamah tidak adil.