Thursday, February 25, 2021

Genap setahun Covid-19, KKM tidak putus asa serta kekal komited

Setiap individu harus memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan negara.

Other News

Covax delivers first vaccine shipment in ‘momentous occasion’

Covax hopes to deliver more than two billion doses in less than a year to ensure 92 poorer countries will receive access to Covid-19 vaccines.

Johnson & Johnson vaccine ‘highly effective’ against severe Covid-19

In large clinical trials, the vaccine efficacy against severe disease was 85.9% in the US, 81.7% in South Africa, and 87.6% in Brazil.

Reaksi kepada kes Malaysiakini tunjukkan politik lebih berkuasa, bukan undang-undang

Keputusan mahkamah perlu dihormati oleh semua pihak tanpa sebarang pertikaian.

Kes baru Covid-19 kembali melebihi angka 3,000

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,677.

New cases above 3,000 again as deaths increase by 12

Death toll now at 1,088.

Genap setahun negara dilanda badai Covid-19, warga Kementerian Kesihatan (KKM) tetap komited dan bekerja tanpa putus asa dalam memerangi pandemik yang boleh membawa maut itu.

Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, KKM menyatakan kerja tetap diteruskan seperti biasa oleh semua pengurusan tertingginya dan juga barisan hadapan KKM yang berjuang di hospital, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), CAC (Pusat Penilaian Covid-19) dan klinik seluruh negara.

Hantaran itu turut menyatakan Mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC Kebangsaan hari ini secara maya diadakan hari ini melibatkan semua pengarah kesihatan negeri di seluruh negara.

“Fokusnya adalah melihat kepada strategi dalam menangani Covid-19 dan memperkukuhkan 213 Covid-19 Assessment Center, CAC di seluruh negara,” menurut hantaran itu.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan timbalannya Dr Noor Azmi Ghazali serta Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai Kesihatan Awam Dr Jemilah Mahmood adalah antara yang menghadiri mesyuarat itu.

KKM mengimbau kembali kes pertama wabak itu yang dilaporkan di Malaysia membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.

“Mereka yang terlibat dalam tiga kes pertama positif di Malaysia itu adalah ahli keluarga rapat kepada seorang lelaki berusia 66 tahun dan anak lelakinya yang berasal dari Wuhan, China, yang direkodkan sebagai dua kes pertama positif virus itu di Singapura. Mereka kemudiannya dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Hari ini, kes di Malaysia sudah mencapai 183,801 kes keseluruhan, sejumlah 678 orang telah meninggal dunia dan seramai 141,446 (77%) orang telah sembuh daripada virus ini.

Pasukan Covid-19 Hospital Sungai Buloh juga mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020, selain beberapa anugerah lain yang diterima KKM dalam menguruskan Covid-19, katanya.

“Doakan agar semua barisan hadapan KKM diberikan kekuatan dalam menghadapi musuh yang tidak nampak ini. Salam takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga akibat virus Covid-19 ini. Semoga Tuhan terus melindungi negara tercinta kita ini,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan Facebooknya menyatakan kesedihannya kerana sudah setahun Malaysia berdepan pandemik berkenaan.

“Ini menyedihkan saya hari ini, kita telah bertahan selama satu tahun bertempur melawan Covid-19 di negara kita. Pengakhirannya yang tidak diketahui. Namun, walaupun kepenatan mental dan fizikal, kita semua perlu terus bertugas. Semua orang, tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama.

“Tinggal di rumah jika anda tidak mempunyai masalah mendesak di luar. Bersama-sama kita memutuskan rantaian penularan Covid-19. Kita mesti bersatu dan bersama-sama kita terus berjuang,” katanya.

Noor Hisham juga menasihati orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP), memakai pelitup muka dengan betul, mencuci tangan dan menjaga penjarakan fizikal kerana setiap individu harus memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan negara.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes baru Covid-19 kembali melebihi angka 3,000

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,677.

Muhyiddin individu pertama terima vaksin Covid-19 hari ini

Turut dijadualkan menerima vaksin itu pada petang ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah serta empat lagi warga kerja kementerian kesihatan.

14 lagi kematian baru, 4,055 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,475.

Facebook to restore Aussie news pages as deal reached on media law

The compromise means that Facebook and Google – the main targets of the law – are unlikely to be penalised so long as they reach some deals with local media firms to pay for news.

2,192 kes baru Covid-19, 3,414 pulih, 6 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 32,076.