Tuesday, March 2, 2021

Anggota PGA antara 3 lelaki didakwa rompak secara berkumpulan

Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman memohon ketiga-tiga tertuduh dikenakan jaminan RM30,000 setiap seorang.

Other News

Bekas ahli Parlimen PKR keluar parti masih belum putuskan bertanding PRU15

Choong serah kepada pengundi untuk nilai prestasi beliau sebagai wakil rakyat.

No decision yet on contesting GE15, says ex-PKR MP turned independent

Steven Choong says he will continue to serve if it is the will of the people.

Zoom earnings strong at close of pandemic-plagued year

Zoom took in revenue of US$882.5 million during the fiscal quarter that ended Jan 31, in a 369% increase from the same period a year earlier before lifestyles went remote due to Covid-19.

Tiga kawasan di Selangor dilanda jerebu

Kawasan-kawasan itu mencatat IPU tidak sihat setakat 8 pagi tadi.

Cheers, fears and some tears as kids head back to school

A wide range of emotions is on display as students head back to school this week after a long enforced break from the physical classroom due to Covid-19. Mindful of public health concerns, authorities have put in place strict SOPs to circumvent further spread of infection but while some children can't wait to rejoin their friends in school, others may take a while more to adjust.

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dan penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Johor Bahru, hari ini, terhadap pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki, akhir tahun lepas.

Konstabel Haikal Fikri Anuar, 27, dua penganggur iaitu Razif Razali, 29 dan Muhammad Syukurilah Roszailah, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim V Mabel Sheela selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mereka didakwa bersama-sama seorang wanita berumur 19 tahun, melakukan perbuatan itu di kawasan Medini Iskandar, Iskandar Puteri, dekat sini, pada 1.20 pagi, 25 Disember lepas. Bagaimanapun, wanita berkenaan gagal hadir ke mahkamah, hari ini.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman memohon ketiga-tiga tertuduh dikenakan jaminan RM30,000 setiap seorang.

Peguam Jihad Syahida Nadia Zakaria yang mewakili Haikal Fikri, memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan dia mempunyai seorang isteri dan anak berumur setahun tujuh bulan manakala Razif dan Muhammad Syukurilah yang tidak diwakili peguam, memberi alasan mereka tidak bekerja.

Hakim mengenakan ikat jamin RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan dua penjamin, perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran kediaman setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi dalam kes tersebut.

Mahkamah juga mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita berkenaan dan menetapkan 24 Februari sebagai tarikh sebutan semula.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Penolong pegawai agama mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,800

Tertuduh Nurul Hazlin mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Kamal Arifin Ismail.

Bicara pengubahan wang haram RM15 juta Hafarizam bermula Julai

Penasihat undang-undang Umno itu menghadapi tiga pertuduhan menerima wang daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Syarikat, pengarah dan pengurus didakwa guna logo palsu daging import

Tertuduh, syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus syarikat itu Chong Kim Kuang, 48, dan pengarahnya Yong Chee Keong, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Perbicaraan kes jenayah berkepentingan awam akan diteruskan semasa PKP, kata ketua hakim

Semua perbicaraan dan prosiding jenayah di seluruh negara akan bersambung pada 27 Januari.

Peniaga mengaku kerabat Johor didakwa terlibat pengubahan wang haram

Dia mengaku kononnya sepupu kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bagi memperdaya sebuah syarikat.