Friday, February 26, 2021

AGC bantah permohonan Muda cabar tindakan RoS

Bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Other News

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.

No police permit needed to cross borders for school

Parents only need to show letters issued by the schools at police roadblocks.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

New cases drop below 2,000 mark

12 more deaths reported.

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 individu bagi mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak permohonan mereka untuk mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai sebuah parti politik.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambali berkata bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang dan penyalahgunaan proses mahkamah.

“Kami berhujah bahawa pemohon tidak merayu kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin terlebih dahulu sebelum memfailkan semakan kehakiman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 dan Muda mempunyai tempoh 30 hari dari 6 Januari untuk mengemukakan rayuannya.

“Mahkamah menetapkan 4 Februari ini untuk keputusan mengenai permohonan bagi semakan kehakiman itu,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pendengaran permohonan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mariana Yahya menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Syed Saddiq yang juga pengasas Muda serta 12 individu selaku pemohon diwakili peguam Tan Sri Tommy Thomas, Ambiga Sreenevasan dan Lim Wei Jiet.

Sementara itu, peguam yang mewakili Muda menghujahkan bahawa mereka tidak membuat rayuan kepada menteri berkenaan disebabkan menteri itu, menerusi beberapa kenyataannya, sudah mempunyai prasangka sendiri berhubung permohonan pendaftaran parti tersebut.

“Justeru, kami berpendapat tidak ada gunanya untuk membuat rayuan kepada beliau. Tambahan pula, tidak ada halangan untuk mahkamah menimbang perkara ini pada peringkat berasingan yang lebih bebas,” kata mereka dalam kenyataan.

Pada 12 Januari lepas, mereka telah memfailkan permohonan semakan itu dengan menamakan RoS dan menteri dalam negeri, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua, serta memohon perintah untuk membatalkan keputusan RoS yang menolak pendaftaran Muda sebagai pertubuhan di bawah kategori parti politik menurut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama semakan kehakiman, berkata pihaknya menerima surat daripada RoS pada 6 Januari lepas yang menyatakan bahawa permohonan Muda tidak mematuhi Jadual Pertama Akta Pertubuhan 1966 dan permohonan ditolak mengikut Seksyen 7 (3) (e) Akta Pertubuhan 1966.

“Terdapat kelalaian daripada pihak RoS untuk menjelaskan secara terperinci perenggan kecil atau peruntukan mana di bawah Jadual Pertama yang tidak dipatuhi oleh Muda. Penaja-penaja Muda tidak dapat mengetahui akan ketidakpatuhan yang dikatakan itu dan tidak dapat membetulkannya.

“Muda telah mematuhi sepenuhnya semua peruntukan Jadual Pertama Akta Pertubuhan 1966. Oleh itu, tidak ada asas untuk menolak permohonan pendaftaran Muda,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan NGO cabar kerajaan hantar pulang pelarian Myanmar

Dua badan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal.

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang milik Umno Johor

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55.

Jangan hanya sokong mahkamah ketika keputusan berpihak kepada kita

Janganlah apabila sesuatu penghakiman itu tidak mengikut selera kita, kita kata mahkamah tidak adil.