- Iklan -
Berita

4,427 dilaporkan pulih, jumlah tertinggi setakat ini

3,346 kes baru Covid-19, 11 lagi kematian direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kosong. Pasar Borong Kuala Lumpur yang diarahkan tutup dari 21 hingga 24 Januari selepas sejumlah peniaga dan pekerja pasar tersebut didapati positif Covid-19.
Kosong. Pasar Borong Kuala Lumpur yang diarahkan tutup dari 21 hingga 24 Januari selepas sejumlah peniaga dan pekerja pasar tersebut didapati positif Covid-19.

Sebanyak 3,346 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk tujuh jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 183,801, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah kes baru itu, 2,602 kes melibatkan warganegara manakala 737 bukan warganegara.

Katanya, sebanyak 4,427 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 141,446 kes.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 950 kes diikuti Sabah 431 dan Kuala Lumpur 390 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,667.

“Daripada jumlah itu 265 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 102 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 11 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 678 orang.

Katanya terdapat sembilan kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Ladang Segama di Sabah (tempat kerja).
  2. Kluster Jalan Segama di Sabah (tempat kerja).
  3. Kluster Keluli Tujuh di Johor (tempat kerja).
  4. Kluster Jalan Tengar di Johor (tempat kerja).
  5. Kluster Jalan Sebelas di Selangor (tempat kerja).
  6. Kluster Tapak Bina Sri Petaling di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  7. Kluster Bukit Emas di Negeri Sembilan (tempat kerja).
  8. Kluster Tapak Bina Flora di Putrajaya (tempat kerja).
  9. Kluster Tembok Taiping di Perak (pusat tahanan).