Sunday, February 28, 2021

Zoo Melaka kekurangan sumber, orang ramai mula hulur bantuan

Zoo Melaka memerlukan kira-kira RM100,000 bagi menampung bekalan makanan, kos penyelenggaraan dan perubatan setiap bulan.

Other News

2,437 kes positif, jumlah jangkitan Covid-19 kini melebihi 300,000

300,752 jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia.

2,437 cases take total confirmed infections past 300,000

202 in the ICU, 93 in need of respiratory assistance.

PKR pertahankan tindakan wakil rakyat Amanah lompat parti

Ahli dalam Pakatan Harapan boleh bertukar menyertai mana-mana parti kecuali ‘seteru’ politik.

PKR defends Amanah party hoppers

It says members within the Pakatan Harapan coalition can switch parties but not to the 'enemy side'.

Duo says ready to help PM rebuild economy after quitting PKR

Larry Sng says there has been too much politicking, while Steven Choong says he is ready to contribute his professional expertise.

Sikap prihatin dan tanggungjawab masyarakat terhadap usaha pemuliharaan hidupan liar terserlah apabila semakin ramai menghulurkan bantuan makanan dan keperluan haiwan kepada Zoo Melaka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Shadan Othman berkata usaha itu sedikit sebanyak membantu Zoo Melaka yang terkesan berikutan kekurangan pengunjung sejak tahun lalu, akibat pandemik Covid-19.

“Berbanding PKP tahun lepas, kesedaran masyarakat telah meningkat selepas mengetahui Zoo Melaka mengalami kekurangan sumber, jadi ramai pihak termasuk pencinta haiwan bukan sahaja dari Melaka malah dari Kuala Lumpur  menghantar bekalan makanan kepada hawin-haiwan di sini pada setiap minggu dan hujung bulan.

“Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu kelangsungan lebih 600 haiwan yang terdapat di Zoo Melaka ketika kita semua berdepan situasi sukar ketika ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Shadan berkata, setiap bulan Zoo Melaka memerlukan kira-kira RM100,000 bagi menampung bekalan makanan seperti daging, ayam dan sayur-sayuran selain kos penyelenggaraan dan perubatan haiwan-haiwan di situ.

Beliau berkata bagaimanapun setakat hari ini, pengurusan Zoo Melaka masih mampu menampung keperluan haiwan-haiwan di pusat perlindungan itu walaupun operasinya ditutup sementara susulan PKP.

“Pihak zoo sentiasa memantau perkembangan dan kebajikan setiap haiwan, di samping itu kita juga berdoa dan berharap penularan pandemik ini segera berakhir dan keadaan pulih seperti biasa,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan PKP di tujuh negeri yang sebelum ini dijadual tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Februari ini.

Ia membabitkan Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) selepas kesemua negeri berkenaan masih menunjukkan trend peningkatan kes positif harian Covid-19.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Restoran di Cyberjaya sedia perkhidmatan makan dalam kereta sepanjang PKP

Walaupun kerajaan menghadkan dua orang duduk semeja di dalam restoran, Padi House tampil dengan cara unik menyajikan makanan.

Pandemic season at the zoo

The Melaka Zoo has been empty of human chatter for a long time since its closure due to Covid-19 restrictions, and the loss of income from ticket sales means it's a struggle to keep the animals healthy. That task now rests on the shoulders of these committed zoo workers, who feed, wash, and treat the adorable and the fierce alike every day.

Permohonan cap dagang ‘Harimau Menangis’ ibu Neelofa belum diluluskan

Ibu Neelofa diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO.

Four lions test positive for Covid at Barcelona zoo

They suffered only mild symptoms and have since recovered, the zoo says.

Lemak tepu: kawan atau lawan?

Pakar kesihatan mengatakan hubung kait antara lemak tepu dan penyakit jantung tidak semudah seperti yang disangka.