Friday, February 26, 2021

Penjual ikan didenda RM1,000 kerana pukul isteri WhatsApp lelaki lain

Tertuduh telah memarahi dan memukul isterinya pada bahagian belakang, kepala serta tangan kanan.

Other News

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.

No police permit needed to cross borders for school

Parents only need to show letters issued by the schools at police roadblocks.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

New cases drop below 2,000 mark

12 more deaths reported.

MIC leader questions ‘fickle-minded’ Umno chiefs

MIC deputy president M Saravanan says the party will only decide based on discussions in Barisan Nasional.

Tindakan seorang penjual ikan memukul isterinya selepas melihat perbualan wanita itu dengan lelaki lain menerusi aplikasi WhatsApp mengundang padah, apabila dia didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Majistret M. Barath menjatuhkan hukuman itu ke atas V. Loganathan, 40, atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya, G. Anita Davi, 36, di rumah mereka di Damansara Damai, di sini pada 2 petang, 18 Januari lepas.

Loganathan dituduh mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh telah memarahi dan memukul isterinya pada bahagian belakang, kepala serta tangan kanan, selepas ternampak perbualan WhatsApp antara wanita itu dengan lelaki lain.

Ekoran kejadian berkenaan, pengadu telah keluar dari rumah dan membuat laporan polis.

Ketika rayuan, Loganathan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia perlu menyara tiga anak berusia 14, 12 dan enam tahun, serta isterinya yang tidak bekerja.

Timbalan Pendakwa Raya Shanur Farrahin Shapri memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Ketika program imunisasi bermula, teori menentang vaksin muncul dalam bentuk ‘penyelidikan perubatan’

Salah satu dakwaan oleh ‘jurnal perubatan’ memberi amaran vaksin Pfizer boleh menyebabkan penyakit berkait otak.

Reaksi kepada kes Malaysiakini tunjukkan politik lebih berkuasa, bukan undang-undang

Keputusan mahkamah perlu dihormati oleh semua pihak tanpa sebarang pertikaian.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan NGO cabar kerajaan hantar pulang pelarian Myanmar

Dua badan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal.

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.