- Iklan -
Berita

3,170 kes baru Covid-19, 260 di ICU

2,490 sembuh, 12 lagi kematian dilaporkan.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Dua orang pengunjung duduk berehat sambil melihat ombak di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Dua orang pengunjung duduk berehat sambil melihat ombak di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Sebanyak 3,170 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk lapan jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 172,549 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 2,490 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 130,152 kes.

“Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 576 kes diikuti Selangor 545 dan Johor 423 kes,” katanya dalam sidang media harian.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,755.

“Daripada jumlah itu 260 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 103 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 12 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 642 orang.

Tambahnya terdapat 16 lagi kluster baru dikesan termasuk 11 berkaitan tempat kerja:

  1. Kluster Jalan Terolak di daerah Kepong, Kuala Lumpur (16 kes).
  2. Kluster Pasar Borong KL 2 di daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Kepong, Kuala Lumpur (20 kes).
  3. Kluster Jalan Kelapa di daerah Hulu Langat, Selangor (21 kes).
  4. Kluster Jalan Canang Emas di daerah Klang, Selangor (13 kes).
  5. Kluster Jalan Sempadan di daerah Johor Bahru dan Kulai, Johor (35 kes).
  6. Kluster Tampoi Tujuh di daerah Johor Bahru, Johor (15 kes).
  7. Kluster Seri Bayu di daerah Kota Tinggi, Johor (6 kes).
  8. Kluster Ladang Sebrang di daerah Lahad Datu, Sabah (21 kes).
  9. Kluster Silimpopon di daerah Kalabakan, Sabah (29 kes).
  10. Kluster Taman Sejahtera di daerah Kampar, Perak Tengah, dan Kinta, Perak (35 kes).
  11. Kluster Jalan Slim di daerah Muallim, Perak (26 kes).
  12. Kluster Kota Muhibbah di daerah Hilir Perak, Kinta, dan Manjung, Perak (15 kes).
  13. Kluster Mandin Jaya di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (29 kes).
  14. Kluster Orion di daerah Kuala Muda, Sik, dan Kulim, Kedah (9 kes).
  15. Kluster Gunung Raya di daerah Langkawi, Kedah (11 kes).
  16. Kluster Kampung Tanah Merah di daerah Besut, Terengganu (15 kes).