Thursday, March 4, 2021

Dr Ali meninggal bukan sebab Covid-19, kata KP Kesihatan

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember 2020 dan meninggal dunia disebabkan penyakit lain.

Other News

SPRM tahan setiausaha politik Xavier dalam siasatan kes rasuah

Fazly Razally antara beberapa individu berkait bekas menteri itu yang disiasat kerana rasuah.

Xavier’s pol-sec in MACC custody as graft probe continues

Fazly Razally is one of several individuals linked to the ex-minister who are under a corruption probe.

Kes Covid-19 kembali naik di seluruh dunia

WHO mendapati Timur Tengah adalah rantau yang paling tinggi peningkatan kes.

5 mangsa dihempap jejambat runtuh di MRR2

Jejambat runtuh menghempap sebuah van kilang di Lebuhraya MRR2 laluan Pandan Indah ke Ampang, Kuala Lumpur.

Vaksin cukup untuk setiap individu dewasa di AS

Presiden AS Joe Biden jamin rakyat negara itu mendapat vaksin Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menafikan dakwaan bahawa petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat kelesuan dalam bertugas ataupun kerana jangkitan Covid-19.

Sebaliknya beliau berkata ia disebabkan Allahyarham mempunyai penyakit lain, namun enggan mendedahkannya ketika ditanya.

“Beliau meninggal bukan akibat jangkitan Covid-19 atau kelesuan dalam bertugas,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Terdahulu Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menerusi laman Facebook semalam melaporkan Ali jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Sementara itu dalam kenyataan di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata keputusan ujian Covid-19 Allahyarham adalah negatif dan memohon mana-mana pihak tidak membuat spekulasi bagi menghormati jenazah serta ahli keluarganya.

Menurutnya Allahyarham yang meninggal dunia lewat malam kelmarin selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember 2020 disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

“Beliau seorang pegawai perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat beliau. Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor bin Hassan atas pemergian beliau,” katanya.

Noor Hisham turut mengajak semua memanjatkan doa buat Allahyarham agar dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes baru Covid-19 catat angka 1,745

Angka kematian akibat Covid-19 catat 7 kes hari ini.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

2,437 kes positif, jumlah jangkitan Covid-19 kini melebihi 300,000

300,752 jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia.

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

Kes Covid-19 kembali melebihi 2,000, 11 kematian baru

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.