- Iklan -
Berita

Menteri Perpaduan Negara Halimah Sadique pula positif Covid-19

Beliau menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan KKM di Johor Bahru.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique. Gambar: Bernama
Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique. Gambar: Bernama

Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique disahkan positif Covid-19, hari ini.

Kementerian perpaduan negara dalam satu kenyataan berkata, Halimah menjalani ujian saringan Covid-19 semalam sebelum disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Susulan itu, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan serta pemantauan rapat oleh pihak KKM di Johor Bahru,” kata kenyataan itu.

Halimah menjadi menteri terbaru disahkan dijangkiti virus itu yang sebelum ini turut menjangkiti Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamad dan Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Awal hari ini MalaysiaNow turut melaporkan Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19, selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit ketika melakukan sidang media beberapa hari lalu.

Sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan, Halimah akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementeriannya berjalan dengan lancar.