- Iklan -
Berita

Umno tangguhkan perhimpunan agung disebabkan PKP

Pemilihan Umno akan diteruskan di semua peringkat seperti yang ditetapkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki berjalan melintasi ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.
Seorang lelaki berjalan melintasi ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Umno menangguhkan perhimpunan agung yang dijadualkan hujung bulan ini bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ahmad Maslan.

Setiausaha agung Umno itu berkata, bagaimanapun pemilihan parti akan diteruskan di semua peringkat seperti yang ditetapkan.

“Adalah diingatkan agar ahli-ahli Umno sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19,” kata Ahmad yang juga ahli Parlimen Pontian dalam satu kenyataan hari ini.

Perhimpunan agung yang seharusnya diadakan pada 30 dan 31 Januari akan membahaskan tiga usul yang bakal menentukan masa depan Umno, selepas sebahagian daripada pemimpin yang berdepan pertuduhan rasuah mahu bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Usul tersebut adalah mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS, memutuskan hubungan dengan Bersatu Malaysia semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menggesa supaya PRU15 diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sejak minggu lalu berdepan dengan gesaan daripada pemimpin kanan Pemuda yang menggesanya untuk meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada rombakan parti.