Friday, February 26, 2021

Program vaksinasi Covid-19 mengikut jadual, kata PM

Program vaksinasi ini berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.

Other News

Guan Eng wins bid to reinstate award of damages for defamation by Perkasa

A three-man bench also awards the former Penang chief minister RM50,000 in costs.

Khairy bakal bertanding di Putrajaya, era Ku Nan akan berakhir?

Ini selepas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mahu bertanding di kerusi Khairy di Rembau, Negeri Sembilan.

End to Ku Nan’s era as Khairy tipped to contest in Putrajaya?

This comes as Umno number two Mohamad Hasan eyes a parliamentary debut through the Rembau federal seat in Negeri Sembilan.

US doctors report normally deadly flu has ‘vanished’ this winter

Covid-19 may have muscled flu right out of the picture this year.

Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung undang-undang syariah Selangor tidak hina Islam

Ia menjelaskan kuasa untuk menggubal undang-undang jenayah terletak kepada Parlimen dan bukan kepada Dewan Undangan Negeri.

Hampir 27 juta atau lebih 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menerima vaksin Covid-19 menjelang suku pertama tahun depan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bekalan vaksin pertama dijangka diterima pada penghujung Februari ini, dengan kumpulan pertama penerima vaksin pada awal Mac dan program vaksinasi ini berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.

“Perancangan program vaksinasi kita adalah on-track (mengikut jadual). Kerajaan menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin dan dijangka menerima bekalan vaksin yang pertama pada penghujung Februari nanti.

“Melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 yang ditubuhkan, kerajaan akan memastikan ketelusan perolehan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama.

“Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan khusus bagi perolehan ini,” katanya dalam pengumuman khas pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan serta platform media sosial hari ini.

Perdana menteri berkata garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu menerima vaksin akan dihebahkan kelak.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.

“Menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak,” jelas beliau.

Menyentuh mengenai bencana banjir yang melanda negara, Muhyiddin berkata kerajaan menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200 juta bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana itu.

“Saya mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan, untuk menyegerakan segala bentuk bantuan bagi membaik pulih kerosakan infrastruktur kecil, rumah mangsa banjir serta membantu meringankan beban rakyat akibat bencana alam itu baru-baru ini.

“Di samping itu, sebanyak RM50 juta disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut,” katanya.

Perdana menteri dalam pada itu turut menjunjung kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar meredah banjir serta terlibat dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia termasuk sektor korporat dan sukarelawan yang membantu menangani wabak Covid-19 dan bencana banjir selain menyeru semua agar sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) tidak kira di mana sahaja.

“Saya percaya kepintaran, ketabahan dan ketahanan yang ada dalam semangat Malaysia yang sejati akan membantu kita menghadapi kesusahan yang hebat ini. Kita akan menang, insya-Allah,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ismail Sabri terima suntikan vaksin Covid-19

Turut menerima suntikan hari ini ialah timbalan menteri pertahanan, ketua setiausaha, panglima angkatan tentera dan panglima-panglima perkhidmatan.

Agong boleh benarkan sidang Parlimen semasa darurat, kata Istana Negara

Tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat

Lihat perkara baik Langkah Sheraton, penyokong PH diberitahu

Kata Wong Chin Huat Langkah Sheraton membawa satu era baru dalam gabungan politik yang tidak rigid dengan parti-parti politik bersedia untuk berkompromi.

Agong can allow Parliament to convene during emergency, says palace

Istana Negara says this can be done at a suitable date on the advice of the prime minister.

Muhyiddin terima dos pertama vaksin Covid-19

Turut menerima suntikan pertama dalam program imunisasi itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.