Saturday, February 27, 2021

Mangsa banjir di Sabah bertambah

Keadaan di Pahang dan Sarawak semakin pulih.

Other News

Mengejek tak membantu perbaiki kelemahan bahasa Inggeris guru, kata pendidik

Mereka berkata, sebutan yang tidak tepat seharusnya dibetulkan secara positif, bukannya mengejek kerana ia tidak memperbaiki apa-apa.

Throwing stones won’t help, educationists say on teacher with ‘bad English’

They say mispronunciations should be corrected through positive reinforcement, and that mocking others for their English won't improve anything.

UK Supreme Court rejects legal bid by IS bride to return

Five judges at the Supreme Court gave a unanimous decision in the case of Shamima Begum, whose legal battles have come to be seen as a test of how Britain treat nationals who joined jihadists.

Khairy jelaskan mengapa tidak ambil vaksin Pfizer

Beliau merupakan menteri yang menguruskan pembelian vaksin dan masih belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Duta AS baru lapor diri di Kuala Lumpur

Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Asia Tenggara dan pernah bertugas di Jakarta dan Seoul.

Sabah masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, manakala keadaan di Pahang dan Sarawak kian pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan pagi ini.

Setakat 8 pagi, keseluruhan mangsa banjir di ketiga-tiga negeri berjumlah 3,809 orang.

Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa bertambah kepada 673 orang, melibatkan 194 keluarga, berbanding 407 orang daripada 106 keluarga malam tadi, dengan kesemua mereka ditempatkan di 15 PPS di negeri itu.

Sembilan daerah dilanda banjir dengan Kota Belud mencatatkan mangsa banjir tertinggi iaitu 210 orang, Tuaran (112); Kota Kinabalu (101); Paitan (73); Beaufort (78); Penampang (76); dan Putatan (23) manakala Kuala Penyu dan Sipitang tiada mangsa dipindahkan.

“Sebanyak 186 kampung terjejas. Trend pemindahan mangsa banjir meningkat selain amaran cuaca buruk di beberapa tempat di negeri ini,” demikian menurut kenyataan itu.

Di Sarawak, hanya tinggal lima PPS masih beroperasi, kesemuanya di daerah Serian yang menempatkan 569 mangsa banjir.

Menurut JPBN Sarawak, PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dengan 341 orang diikuti Dewan Kampung Rimba Padi (96); Dewan Masyarakat Serian (74); Dewan Kampung Slabi Entukuh (32) dan Dewan Balek Buk Janjun (26).

Sementara di Pahang, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan dengan hanya 2,567 orang masih berada di 28 PPS di tiga daerah negeri itu.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) melaporkan Pekan masih merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,632 orang di 16 PPS, diikuti Kuantan (715 orang, lima PPS) dan Maran (220 orang, tujuh PPS).

Selepas hampir dua minggu berada pada paras bahaya, portal infobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Pahang di Serambi, Pekan surut ke paras amaran pagi ini, menjadikan Sungai Jelai di Lipis sebagai satu-satunya sungai mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya di negeri berkenaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

As GPS rides high in Sarawak, no sign of opposition joining forces

Bad blood between PSB and Pakatan Harapan in the state is likely to derail any cooperation, even in the interest of ensuring straight fights with the ruling GPS.

Ketika GPS berada di puncak, tiada tanda-tanda pembangkang akan bergabung

Pembangkang masih dilihat gagal mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi yang ingin ditandingi pada pilihan raya akan datang.

Covid-19 beri kesan besar kepada pekan tepi sungai Sarawak

Penduduk bimbang masa depan yang sepatutnya cerah bertukar sebaliknya buat pekan ini.

Covid-19 looms large over Sarawak river town

Townsfolk worry that what promised to be a boom could turn into a bust thanks to the effects of the pandemic.

Menanti isyarat di Sarawak: Apabila penduduk cacat pendengaran pedalaman memerlukan rawatan perubatan

Kekurangan penterjemah bahasa isyarat di pusat kesihatan luar bandar merupakan satu masalah bagi mereka yang cacat pendengaran.