Sunday, February 28, 2021

Penduduk bimbang penularan Covid-19 selepas banjir di Sarawak kian parah

Usaha menyelamat terjejas disebabkan kekurangan bot termasuk cabaran untuk mematuhi SOP.

Other News

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

New cases stay above 2,000 as 10 more deaths reported

190 in the ICU, 99 in need of respiratory assistance.

Hamid Bador jelaskan mengenai kompuan RM10,000

Katanya ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000.

RM10,000 fine not for all SOP offences, top cop explains

Abdul Hamid Bador says the RM10,000 compound will not be issued for offences such as failure to wear face masks.

Radzi, 4 guru terima suntikan vaksin Covid-19

Radzi menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri.

Walaupun Sarawak tidak berdepan dengan perintah berkurung Covid-19 yang ketat seperti sedang dilaksanakan di sebahagian besar negara selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan semula minggu ini, ribuan rakyat di bandar-bandar utama negeri itu mengalami banjir terburuk.

Walaupun negeri itu dilaksanakan PKP yang lebih longgar atau PKPP, risiko Covid-19 menyukarkan mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Julia Sulong tinggal bersama suaminya Zainal Abdullah yang lumpuh dari pinggang ke bawah, merupakan antara ratusan mangsa yang ditempatkan di dewan serbaguna di Kampung Sinar Budi, tempat paling terjejas teruk di Kuching, 5km dari pusat bandar.

Hujan lebat pada Rabu menyebabkan rumah mereka ditenggelami air menjelang tengah malam.

Julia mengimbas kembali bagaimana dia panik apabila bantuan tidak sampai daripada pasukan penyelamat untuk menyelamatkan suaminya yang lumpuh.

Julia Sulong

Dia difahamkan selepas itu, pasukan penyelamat mengalami masalah kekurangan bot untuk operasi pemindahan disebabkan banjir yang tidak dijangka melanda ibu negeri Kuching, termasuk juga di Samarahan, Serian dan Miri.

“Kami sudah tinggal di sini selama 17 tahun, sebelum ini banjir tidak pernah sampai ke tahap kami perlu dipindahkan,” katanya kepada MalaysiaNow dan menambah jiran-jirannya sempat sampai bagi membantu memindahkan suaminya.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sinar Budi Hanina Habil berkata, usaha menyelamat terjejas disebabkan kekurangan bot termasuk cabaran untuk mematuhi SOP.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat menghadapi masalah sama kekurangan logistik.

Tetapi terdapat sekurang-kurangnya tiga orang mangsa banjir yang dikuarantinkan kerana mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa diletakkan di bilik yang berasingan.

Penduduk kampung yang ditemui MalaysiaNow berkata, satu lagi contoh ialah mangsa terpaksa dipindahkan menggunakan pintu peti ais lama sementara satu lagi kes, tong sampah digunakan untuk mengeluarkan kanak-kanak dari rumah mereka.

Hanina berkata sebahagian mangsa terpaksa menunggu sehingga 4.30 pagi untuk pasukan penyelamat sampai.

Katanya, menyukarkan lagi keadaan ialah kapasiti pusat pemindahan sementara tidak mencukupi untuk menampung mangsa.

Zainal Abdullah

63 keluarga ditempatkan di dewan serbaguna Kampung Sungai Budi, dengan 40 khemah dinaikkan untuk menampung 268 mangsa banjir.

Tetapi terdapat sekurang-kurangnya tiga orang mangsa banjir yang dikuarantinkan kerana mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa diletakkan di bilik yang berasingan.

“Pegawai daripada jabatan kesihatan datang semalam dan mengingatkan kami untuk mengamalkan penjarakan fizikal.

“Bagaimana kami mahu lakukan itu jika dikumpulkan bersama di pentas (dalam dewan)?” soalnya.

Hanina berkata usaha menyelamatkan memerlukan kerjasama daripada beberapa agensi dan menambah dia memahami cabaran dihadapi pihak berkuasa.

Jawatankuasa Bencana Negeri berkata sehingga pukul 8 pagi ini seramai 4,247 mangsa banjir ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara berbanding 3,518 pada pukul 8 malam tadi.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Hamid Bador jelaskan mengenai kompuan RM10,000

Katanya ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000.

Suami isteri pengusaha van tak sabar tunggu sekolah dibuka

Berita mengenai pembukaan semula sesi persekolahan pada 1 Mac depan bagaikan “cahaya di hujung terowong” kepada pasangan pengusaha van sekolah yang memutuskan untuk pulang...

Bukan sekadar hak harta intelek, pakar ajar cara jadikan vaksin lebih murah

Serum Institute of India menawarkan cara mudah bagi menangani masalah eksklusif vaksin ketika darurat kesihatan.

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

Ketika program imunisasi bermula, teori menentang vaksin muncul dalam bentuk ‘penyelidikan perubatan’

Salah satu dakwaan oleh ‘jurnal perubatan’ memberi amaran vaksin Pfizer boleh menyebabkan penyakit berkait otak.