Sunday, June 13, 2021

Jawatankuasa teknikal ditubuh pastikan pengurusan darurat berjalan lancar, kata PM

Jawatankuasa itu juga berperanan menyelaras pengurusan darurat bersama pihak yang berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri,

Other News

Kerajaan hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat, bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Muhyiddin berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan diputuskan pada Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya hari ini, secara sidang video bersama menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

“Jawatankuasa teknikal ini antara lain akan bertanggungjawab untuk memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat.

“Ia juga berfungsi untuk meneliti dan mengkaji isu-isu berbangkit berkaitan darurat dan mengesyorkan cadangan penyelesaian,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Muhyiddin menegaskan jawatankuasa itu juga berperanan menyelaras pengurusan darurat bersama pihak yang berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri, selain mengetuai pemantauan dan naziran penguatkuasaan undang-undang berkaitan darurat di semua peringkat.

Perdana menteri berkata jawatankuasa itu juga akan dianggotai lapan ahli tetap terdiri daripada ketua pengarah perkhidmatan awam, ketua setiausaha perbendaharaan, peguam negara, panglima angkatan tentera, ketua polis negara, ketua pengarah kesihatan, ketua pengarah keselamatan negara dan ketua kluster.

“Insya-Allah, saya berharap agar jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan mendapat kerjasama dan sokongan di semua peringkat, bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara dapat dilakukan dengan berkesan,” katanya.

Perdana menteri berkata jawatankuasa itu juga akan dianggotai lapan ahli tetap terdiri daripada ketua pengarah perkhidmatan awam, ketua setiausaha perbendaharaan, peguam negara, panglima angkatan tentera, ketua polis negara, ketua pengarah kesihatan, ketua pengarah keselamatan negara dan ketua kluster.

Sidang video tersebut berlangsung di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dengan setiap ahli mesyuarat diasingkan di beberapa bilik di tingkat berlainan di bangunan berkenaan.

Sidang Darurat bersama menteri besar dan ketua menteri itu adalah yang pertama diadakan, selepas Pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bagi membincangkan hala tuju pengurusan darurat di peringkat persekutuan dan negeri.

Pada 12 Januari, Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan, sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles