Sunday, February 21, 2021

PKP di seluruh Kelantan mulai esok, kata menteri

Daerah Sibu, Selangau dan Kanowit di Sawarak turut dikenakan PKP.

Other News

571,802 anggota barisan hadapan daftar untuk imunisasi Covid-19, kata Khairy

Malaysia mencatatkan sejarah apabila kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba di KLIA pada jam 10.07 pagi tadi.

Muhyiddin ucap selamat maju jaya kepada calon SPM

Seramai 401,105 pelajar seluruh negara akan menduduki SPM 2020 dalam suasana pembudayaan norma baru.

Kes baru Covid-19 kembali melebihi 3,000

4,456 dilaporkan pulih, 5 lagi kematian.

New cases top 3,000 again

3,297 new cases, 4,456 recoveries.

Sumbangan ayam daripada Anwar timbulkan rasa tak puas hati penyandang kerusi PKR?

Sumbangan ayam daripada Anwar itu turut menerima kritikan termasuk cakap-cakap Afdlin Shauki sebagai calon Wangsa Maju.

Seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok hingga 26 Januari, manakala di Sarawak PKP dilaksana di daerah Sibu, Selangau dan Kanowit bermula esok hingga 29 Januari.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes Covid-19 di Kelantan serta tiga daerah di Sarawak.

“Sejak 10 Januari, purata kes harian di Kelantan meningkat antara 80 hingga 100 kes malah kes aktif turut meningkat secara mendadak dalam tempoh 14 hari.

“Jajahan Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah kini zon merah manakala Pasir Puteh dan Pasir Mas zon kuning dan Jeli zon jingga,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Beliau berkata semua prosedur operasi standard (SOP) PKP yang diumumkan sebelum ini terpakai di Kelantan dan tiga daerah di Sarawak antaranya hanya dua wakil isi rumah dibenar keluar untuk mendapatkan barangan keperluan.

Ismail Sabri berkata, KKM turut melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak yang melibatkan kluster dalam komuniti di seluruh negeri itu ketika ini.

Beliau berkata sehingga semalam secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif direkodkan di Kelantan.

Di Sarawak, beliau menjelaskan sejak 31 Disember hingga 13 Januari 2021, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh 14 hari iaitu daripada dua kepada 251 kes.

Beliau berkata kebanyakan kes adalah dari Kluster Pasai di Sibu dan Mukah yang merekodkan sejumlah 394 kes daripada jumlah kes secara keseluruhan.

“Kluster ini melibatkan 18 rumah panjang yang bertaburan di seluruh bahagian Sibu, justeru KKM menasihatkan agar PKP dilaksanakan di tiga daerah itu,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kes baru Covid-19 kembali melebihi 3,000

4,456 dilaporkan pulih, 5 lagi kematian.

Covid-19 beri kesan besar kepada pekan tepi sungai Sarawak

Penduduk bimbang masa depan yang sepatutnya cerah bertukar sebaliknya buat pekan ini.

Pesakit sembuh kekal melebihi kes baru Covid-19

4,782 dilaporkan pulih, 2,461 kes baru direkodkan.

Jumlah kes aktif Covid-19 terus menurun, 4,889 dilaporkan pulih

2,936 kes baru, 13 lagi kematian hari ini.

Seruan duduk di rumah satu cabaran buat gelandangan

Mereka kebanyakan yang tinggal di jalanan, tidak faham mengenai ‘duduk di rumah dan kekal selamat’.