- Iklan -
Berita

Dunia berdepan peningkatan suhu dahsyat abad ini, kata WHO

WMO merekodkan fasa 2011 hingga 2020 adalah dekad paling panas yang pernah dicatatkan.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
WMO dilaporkan berkata, putaran suhu permukaan di Laut Pasifik pada fasa sejuk musim La Nina meredakan keadaan panas hanya pada hujung tahun. Gambar: AFP
WMO dilaporkan berkata, putaran suhu permukaan di Laut Pasifik pada fasa sejuk musim La Nina meredakan keadaan panas hanya pada hujung tahun. Gambar: AFP

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan dunia sedang menuju ke arah peningkatan suhu yang dahsyat abad ini dengan 2020 direkodkan sebagai tahun terpanas mengatasi 2016.

Setiausaha Agungnya WHO Antonio Guterres berkata, keadaan perubahan iklim tanpa henti ternyata mengorbankan banyak nyawa.

Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan fasa 2011 hingga 2020 adalah dekad paling panas yang pernah dicatatkan.

Berdasarkan WMO daripada gabungan lima set data antarabangsa teratasnya, 2020 menyaingi 2016 dalam memegang takhta cuaca terpanas.

WMO dilaporkan berkata, putaran suhu permukaan di Laut Pasifik pada fasa sejuk musim La Nina meredakan keadaan panas hanya pada hujung tahun.

Agensi cuaca PBB itu berkata, 2016, 2019 dan 2020 direkodkan sebagai tiga tahun paling panas dengan perbezaan antaranya dalam suhu global secara puratanya tidak dapat dibezakan.

Katanya, suhu global secara purata pada 2020 ialah kita-kira 14.9 darjah Celcius (C), iaitu 1.2 C lebih tinggi berbanding ketika fasa praindustri pada 1850 hingga 1900.

Melalui Perjanjian Paris 2015 mengenai perubahan iklim, ia menuntut kaedah membendung pemanasan global dalam keadaan kurang dari dua darjah Celcius, iaitu di atas tahap praindustri, sementara banyak negara meneruskan usaha mengehadkan kenaikan hingga 1.5 C.

Pada masa sama, WMO percaya sekurang-kurangnya terdapat satu daripada lima keadaan di mana purata suhu global secara sementara melebihi 1.5 C pada 2024 kelak.

Mengulas mengenai itu, Guterres berkata, pengesahan dibuat WMO bahawa 2020 menjadi antara tahun terpanas dalam sejarah adalah satu lagi peringatan kuat mengenai keadaan perubahan iklim yang tiada henti.

“Ia memberi kesan terhadap kehidupan dan nyawa di seluruh bumi. Hari ini, kita berada pada suhu 1.2 C kepanasan dan sudah dapat menyaksikan cuaca luar biasa yang ekstrem di setiap rantau dan benua.

“Kita menuju kepada kenaikan suhu yang dahsyat iaitu tiga hingga lima C abad ini… justeru berbaktilah kepada alam semula jadi yang menjadi tugas kita pada abad ke-21 ini. Ia mesti menjadi keutamaan kita,” katanya.