Tuesday, March 9, 2021

Bicara Najib pinda laporan audit 1MDB tangguh

Perbicaraan yang dijadualkan bersambung pada Isnin depan, ditunda ke Februari.

Other News

North Korean in Malaysia loses final appeal against US extradition

According to his lawyers, Mun Chol Myong is accused of money laundering and conspiracy to launder money, in allegations relating mainly to his work in neighbouring Singapore.

PAS parti kecil, tak perlu campur urusan Umno, kata Tajuddin

Umno menolak usaha PAS untuk menjadi pendamai di antara parti itu dan Bersatu.

Stay out of our war with Bersatu, Umno warns PAS

Umno election chief Tajuddin Abdul Rahman says his party's decision not to cooperate with Bersatu is final.

Zahid claims trial to amended charge in charity foundation case

The amendment saw an increase in the value and number of cheques involved.

Shahidan Kassim dilantik pengerusi baru PR1MA

Lantikan Shahidan Kassim sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

Perbicaraan kes Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy atas dakwaan meminda laporan audit syarikat itu yang dijadualkan bersambung pada Isnin depan, ditunda ke Februari.

Penangguhan itu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 hingga 26 Januari ini bagi mengekang penularan Covid-19.

Perbicaraan akan bersambung pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan sekiranya PKP tidak dilanjutkan, demikian disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi hari ini.

“Perbicaraan akan bersambung dari 22 hingga 24 Februari ini,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Ditanya mengenai permohonan Najib untuk menggugurkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram daripada pihak pendakwaan dalam kes itu yang dijadualkan didengar pada 27 Januari ini, Ahmad Akram berkata prosiding permohonan tersebut akan berlangsung seperti yang dijadualkan di mahkamah terbuka di hadapan Mohamed Zaini.

Tujuh saksi pendakwaan termasuk bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa dan bekas ketua audit negara Ambrin Buang telah memberi keterangan dalam perbicaraan itu setakat ini dan pihak pendakwaan dijadualkan memanggil 11 saksi lagi dalam pendengaran kes yang kali terakhir dilangsungkan ialah pada 13 Oktober tahun lepas.

Pada 12 Jun tahun lalu, Najib, 68, memfailkan permohonan untuk menggugurkan Sri Ram, disokong oleh dua afidavit – satu difailkan oleh Najib dan satu lagi oleh bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan ketua audit negara, sebelum laporan itu “sekali lagi dimuktamadkan” dan dibentang di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi ahli Parlimen Pekan  itu daripada  tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Reaksi kepada kes Malaysiakini tunjukkan politik lebih berkuasa, bukan undang-undang

Keputusan mahkamah perlu dihormati oleh semua pihak tanpa sebarang pertikaian.

Imigresen harus disiasat kerana langgar perintah mahkamah, kata NGO

Human Rights Watch berkata, jabatan imigresen harus sedar mereka tidak boleh bertindak melangkaui undang-undang.

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Mahkamah diberitahu Zahid mungkin langgar PKP hadiri mesyuarat Umno di Janda Baik

Hakim berkata ini bukan kali pertama perbicaraan bekas rasuah presiden Umno itu ditangguhkan atas sebab sama.

Najib akan beri keterangan bicara kes rasuah Rosmah

Peguam Rosmah, Jagjit Singh berkata bekas perdana menteri itu adalah antara saksi pembelaan yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.